10 Rawatan Rambut Gugur di Malaysia
- Pemindahan Rambut FUE
- Pemindahan Rambut FUT
- Platelet-Rich Plasma (PRP) / Rawatan Sel Stem (Stem Cell Treatment)
- Rawatan Rambut Herba
- Mesoterapi (Mesotherapy)
- Pengurangan Kulit Kepala (Scalp Reduction)
- Bio-Identical Hormone Therapy (BHRT)
- Minoksidil (Minoxidil)
- Propecia
- Rawatan Laser (Low-Level Laser Therapy)
Rawatan rambut gugur di Malaysia berbeza antara kes-kes kerana bukan semua masalah keguguran rambut boleh diselesaikan dengan jenis rawatan tertentu. Untuk keguguran rambut yang berlaku dalam gumpalan, ia menandakan kondisi alopecia areata, iaitu sejenis penyakit rambut. Terdapat beberapa faktor lain keguguran rambut seperti genetik, tekanan, kekurangan zat besi atau perubahan hormon. Meskipun demikian, terdapat pelbagai rawatan rambut gugur yang boleh dicuba di Malaysia.
- Pemindahan Rambut FUE
Pengekstrakan Unit Folikel atau Follicular Unit Extraction (FUE) ialah salah satu teknik transplantasi rambut yang paling moden. Prosedur pembedahan melibatkan pengekstrakan unit folikel individu secara langsung dari bahagian belakang kulit kepala, yang kemudiannya ditanam semula ke kulit kepala kawasan rambut gugur atau botak. Dengan kata lain, rambut dipindahkan dari kawasan lebat ke kawasan yang nipis / botak. Hasilnya ialah rambut semula jadi sendiri yang tumbuh di kawasan botak anda.
- Pemindahan Rambut FUT
Dalam proses Follicular Unit Transplantation (FUT), teknik strip digunakan, di mana sebaris kulit kepala dengan folikel rambutnya dikeluarkan. Penanaman semula folikel rambut di kawasan botak hampir serupa dengan teknik FUE. Perbezaannya ialah tempoh masa prosedur FUT lebih pendek dan bentuk parut yang ditinggalkan setelah pengekstrakan lebih kelihatan.
- Platelet-Rich Plasma (PRP)
Rawatan PRP ialah salah satu cara paling selamat untuk menumbuh semula rambut, kerana rawatan ini memberikan hasil yang positif dalam masa sebulan tanpa kesan sampingan teruk. Selain itu, perasaan ketidakselesaan amat kurang dalam menerima rawatan ini dan rambut lebat boleh dicapai dalam hanya beberapa sesi. Dalam rawatan PRP, doktor mengeluarkan darah dari lengan atau pinggang anda sendiri. Kemudian, darah ini diproses dalam makmal untuk menghasilkan plasma. Selepas itu, plasma ini disuntik ke kulit kepala.
- Rawatan Rambut Herba
Tak kira herba tradisi Cina, India, ataupun halal, rawatan rambut herba senang didapati di pusat-pusat rawatan rambut di seluruh Malaysia. Rawatan ini menggunakan bahan yang selamat, semula jadi dan berkesan untuk rambut dan kulit kepala. Herba-herba ini bertujuan untuk mengawal tahap minyak kulit kepala, merawat masalah kelemumur dan rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan memperbaiki keadaan rambut untuk menjadikannya berkilat dan terkawal.
- Mesoterapi (Mesotherapy)
Mesoterapi ialah suntikan ubat-ubatan atau nutrien untuk membantu pertumbuhan rambut supaya dapat merawat keguguran rambut. Semasa rawatan mesoterapi, vitamin, mineral, antioksidan dan bahan aktif lain disuntik terus ke lapisan ketiga kulit anda di mana terdapatnya saluran darah kita. Proses ini mengaktifkan folikel rambut yang tidak aktif dan merangsang kulit kepala untuk membantu pertumbuhan rambut.
- Pengurangan kulit kepala (Scalp Reduction)
Scalp Reduction ialah prosedur pembedahan untuk merawat keguguran rambut, biasanya digunakan untuk kebotakan rambut bahagian atas. Idea asas dalam pengurangan kulit kepala adalah untuk menggerakkan kulit pada kepala anda yang mempunyai rambut untuk menutupi kawasan botak. Jadi, semasa rawatan, pakar bedah bermula dengan memotong bahagian botak kulit kepala. Kawasan yang mempunyai rambut kemudian ditarik dan dijahit bersama sehingga ia meliputi bahagian botak.
- Bio-Identical Hormone Therapy (BHRT)
Rawatan penggantian hormon bioidentikal, ataupun Bioidentical Hormone Replacement Therapy (BHRT), ialah penggunaan hormon untuk membantu menyelesaikan simptom yang berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon atau pengurangan pengeluaran hormon yang dikaitkan dengan penuaan. Rawatan hormon tertentu dipanggil “bioidentical” atau kadang-kadang “semula jadi” kerana jenis hormon yang digunakan mempunyai struktur kimia yang serupa (mengikut kajian molekul) dengan hormon yang dihasilkan oleh tubuh manusia.
BONUS
Sehingga kini, terdapat hanya 3 kaedah yang diluluskan FDA di Amerika Syarikat dalam memerangi keguguran rambut. Kaedah-kaedahnya ialah Minoxidil, Propecia dan Low-Level Laser Therapy. Setiap pendekatan telah diuji dan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam menambahkan jumlah rambut dan mengurangkan rambut gugur.
- Minoksidil (Minoxidil)
Minoksidil ialah produk topikal yang terdapat di seluruh dunia. Terdapat bukti sejak tiga dekad yang lalu bahawa Minoksidil bermanfaat bagi pesakit alopecia areata. Walau bagaimanapun, ia tidak harus dianggap sebagai rawatan menyeluruh tetapi Minoksidil boleh membantu apabila digunakan bersama dengan rawatan lain. Malah, doktor mengesyorkan Minoxidil dalam preskripsi perubatan mereka kerana ianya boleh dipercayai dan menunjukkan keputusan yang menakjubkan kepada ramai pesakit.
- Propecia
Propecia berfungsi dengan mengurangkan hormon DHT dalam folikel rambut yang menyebabkan keguguran rambut. Ubat yang berkesan ini sebenarnya ditemui secara tidak sengaja dan diguna oleh ramai sehingga kini. Apabila diambil setiap hari, kesannya boleh muncul dalam masa tiga bulan atau lebih. Walau bagaimanapun, penghentian rawatan boleh menyebabkan keguguran rambut kembali dalam tempoh setahun.
- Rawatan Laser (Low-Level Laser Therapy)
Rawatan Laser (Low-Level Laser Therapy) ialah salah satu rawatan tanpa pembedahan yang paling berkesan untuk keguguran rambut. Oleh sebab punca penipisan rambut dan kebotakan terletak di dalam kulit kepala, cahaya laser peringkat rendah merangsang aliran darah dan pertumbuhan folikel untuk pertumbuhan rambut. Terapi ini adalah paling berkesan terhadap individu dengan kes keguguran rambut yang minimum dan sederhana. Alat-alat yang digunakan tidak mempunyai komponen haba yang boleh menyebabkan luka atau membakar tisu dalaman. Rawatan ini merangsang peredaran darah ke kulit kepala untuk menggalakkan metabolisme sel dan membaiki sel yang rosak.
Untuk rawatan laser yang boleh didapati di mana sahaja, cubalah Ultima 9 LaserComb! Maklumat lanjut terdapat di https://toppikmalaysia.com/product/ultima-9-lasercomb/.
Dapatkanlah rambut lebat dalam hanya 30 saat! Cuba TOPPIK dan lihatlah perbezaan menakjubkan seperti di sini: https://toppikmalaysia.com/products/toppik-fibers/testimony/
Untuk solusi rambut lebat dalam 30 saat, TRY TOPPIK !- Published in Blog
7 Petua Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin
Panik tentang keguguran rambut setelah melahirkan permata hati? Jangan bimbang, keadaan ini normal dan biasanya berlaku kerana perubahan hormon. Dalam masa 1 hingga 5 bulan selepas bersalin, badan akan menjalankan pelarasan untuk kembali ke normal, sementara menyediakan susu ibu yang mengambil banyak nutrien dari badan. Berikutnya petua untuk mengatasi rambut gugur selepas melahirkan anak.
- Guna sikat yang sesuai untuk rambut anda
- Ikuti pemakanan yang sihat
- Basuh rambut anda apabila perlu
- Elak gaya rambut yang ketat
- Elak bahan kimia dan haba
- Minum banyak air dan dapatkan tidur secukupnya
- Jalankan rawatan mask rambut
- Bonus: Lihat di bawah
1. Guna sikat yang sesuai
Rambut boleh rapuh selepas mengandung. Anda digalakkan untuk memilih sikat jenis bergigi lebar ataupun digelar wide toothed. Sikat yang mempunyai gigi yang jarang boleh membantu untuk mengurangkan tekanan terhadap kulit kepala. Jika sikat bergigi sempit, rambut yang disikat terlalu rapat boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan kulit kepala. Selain itu, jangan sikat rambut ketika ia masih basah, kerana rambut basah paling senang patah.
2. Ikuti pemakanan yang sihat
Ketika menunggu badan anda melakukan pengimbangan semula, rambut anda bukan prioriti utama untuk mendapat nutrien, jadi makanan memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan masalah keguguran rambut berkurang. Ibu-ibu harus mengamalkan pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak protein, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang mempunyai zat besi kerana sumber vitamin dan nutrien yang baik boleh membantu rambut anda. Kopi dan makanan berminyak perlu dikurangkan supaya anda kurang mengalami kuguguran rambut. Hal ini kerana bahan terdapat dalam makanan tersebut boleh mempengaruhi keseimbangan hormon.
3. Jangan takut membasuh rambut anda
Selalunya, peningkatan jumlah rambut gugur yang dilihat semasa mencuci rambut boleh membuat anda ingin melambatkan pencucian yang seterusnya. Walau bagaimanapun, anda tidak payah berhenti membasuh rambut anda kerana takut akan keguguran rambut. Anda akan kehilangan jumlah rambut yang sama, sama ada anda mencuci rambut sekali seminggu atau sekali sehari. Jadi, berapa kerapkah anda patut membasuh rambut? Sekiranya rambut anda sensitif selepas melahirkan anak, cubalah dua hingga tiga kali seminggu. Jangan cuci rambut terlalu kuat atau mengguna syampu yang terlalu banyak kerana ini akan mengeringkan rambut sehingga menyebabkan rambut patah dengan mudah dan kelihatan lebih nipis. Dengan mengekalkan kulit kepala yang bersih, anda dapat membantu pertumbuhan rambut yang lebih sihat.
4. Elak gaya rambut yang ketat
Gaya rambut memainkan peranan yang mustahak untuk mengurangkan masalah rambut gugur. Elakkan gaya rambut yang akan memberikan tekanan kepada kulit kepala, kerana ia akan menyebabkan keguguran rambut bertambah teruk akibat rambut ditarik keluar. Hal ini disebabkan oleh akar rambut yang menjadi lemah apabila berada dalam keadaan demikian. Bukan itu sahaja, elakkan juga ikat rambut untuk jangka masa yang terlalu lama. Pilih gaya rambut longgar untuk mengurangkan ketegangan dan kerosakan pada rambut anda.
5. Elak bahan kimia dan haba
Tingkatkan lagi penjagaan rambut anda dengan menghindari alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu kerana ia merosakkan lagi rambut. Alat-alat yang dipanaskan pada rambut anda boleh menyebabkan kerosakan dan meningkatkan keguguran rambut. Sekiranya anda perlu menggunakan pengering rambut, tetapkannya ke suhu yang paling sejuk.Tambahan pula, elak daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang perlu menggunakan bahan kimia yang tidak baik untuk ibu yang baru habis bersalin.
6. Minum banyak air dan tidur secukupnya
Badan yang kekurangan air akan menyebabkan masalah dehidrasi. Kesuburan rambut akan terjejas dan keguguran rambut akan semakin teruk. Di samping itu, dapatkan juga tidur yang secukupnya supaya badan kita dapat menjalankan detoksifikasi dengan sempurna. Meskipun tidur yang mencukupi agak susah dicapai untuk ibu yang sibuk menjaga anak, dapatkanlah bantuan sebanyak mungkin untuk membenarkan anda mendapat rehat yang secukupnya supaya badan kekal sihat untuk menjaga bayi anda.
7. Jalankan rawatan mask
Mask rambut bukan sahaja boleh dibeli di farmasi atau pasaraya, ianya boleh dibuat sendiri dengan ramuan organik yang murah dan berkesan. Terdapat pelbagai petua tradisional yang boleh dicuba. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah santan kelapa, limau nipis, putih telur, lidah buaya (aloe vera), madu dan lendir pokok bunga raya. Langkah ini sesuai dilaksanakan sekali seminggu selepas pengelupasan, pembersihan dan pelembapan rambut.
Bonus: Gunakan serat rambut
Untuk rambut lebat serta-merta, cubalah TOPPIK Hair Building Fibers! Lihatlah testimoni keajaiban TOPPIK di https://toppikmalaysia.com/products/toppik-fibers/testimony/.
Untuk solusi rambut lebat dalam 30 saat, TRY TOPPIK !- Published in Blog
8 Ubat Rambut Gugur Terbaik di Farmasi Malaysia
8 Ubat Rambut Gugur Terbaik di Farmasi Malaysia
Kebanyakan farmasi di Malaysia mempunyai ubat rambut gugur. Contoh farmasi termasuk Caring, Health Lane, Multicare, AA, Big Pharmacy, Watsons dan Guardian. Inginkah anda mendapat ubat rambut gugur anda secepat yang mungkin? Lihatlah senarai di bawah yang menunjukkan pelbagai jenis ubat rambut yang boleh dibeli di farmasi berdekatan.
1. Rogaine
Ubat pertumbuhan rambut ini terbukti secara klinikal dapat meningkatkan jumlah rambut sehingga 25% dalam 3 bulan. Rogaine mempunyai Minoxidil, ekstrak dan emolien botani serta Alphahydroxy Acid (AHA). Minoxidil berfungsi untuk menghidupkan semula folikel rambut untuk membantu pertumbuhan rambut tebal, manakala bahan organik mengekalkan kulit kepala yang sihat dan AHA membantu proses pengelupasan. Terdapat dua kategori produk Rogaine, iaitu untuk lelaki dan untuk perempuan.
2. Kirkland
Kirkland dituntut mengandungi ramuan yang sama (bahan aktif Minoxidil) seperti produk terkemuka lain seperti Rogaine di pasaran tetapi dengan separuh harga. Ubat ini terbukti secara saintifik boleh mengurangkan keguguran rambut dalam kalangan lelaki. Ubat topikal ini digunakan untuk merangsang pertumbuhan rambut kawasan botak, dan kesannya dijamin paling efektif pada kedudukan atas belakang kepala, atau hair crown. Walaupun demikian, Kirkland disyorkan untuk golongan lelaki sahaja.
3. Propecia
Propecia mengandungi Finasteride. Secara tradisinya, Finasteride digunakan untuk merawat pembesaran prostat. Sekarang, fungsi utama Propecia adalah untuk mengurangkan penukaran hormon testosteron kepada dihydrotestosterone (DHT). DHT dalam badan ialah salah satu faktor yang menyumbang kepada keguguran rambut, kerana ia mengecut folikel rambut. Dos yang disyorkan ialah 1mg dan dimakan sekali sehari. Kesan Propecia boleh diperhatikan dalam tempoh tiga bulan. Jika Propecia dihentikan secara tiba-tiba, ia akan menyebabkan keguguran rambut yang baru saja tumbuh. Malah, keguguran rambut akan kembali dan kesan Finasteride akan hilang dalam satu tahun.
4. Proscar
Proscar juga mengandungi Finasteride sebagai bahan aktif. Disebabkan oleh dos yang tinggi (5mg sebiji tablet), dos yang disyorkan ialah 1/4 tablet yang diambil sekali sehari. Oleh itu, Proscar dilihat sebagai ubat yang lebih murah daripada Propecia, walaupun kedua-duanya mengandungi bahan yang serupa. Ia adalah rawatan jangka panjang dan harus digunakan dengan kerap. Kombinasi Proscar (ataupun Propecia) dengan Minoxidil dikatakan dapat berfungsi dengan baik dan mempercepat pertumbuhan rambut.
5. Regro
Regro ialah ubat jenis semburan yang merawat dan menterbalikkan kebotakan. Ia mengandungi 5% Minoxidil. Ia meningkatkan peredaran darah di kawasan kepala yang mengakibatkan lebih banyak nutrien, oksigen dan darah dapat mengalir ke kulit kepala. Wanita dan lelaki berumur 18 hingga 65 tahun boleh menggunakan produk ini. Semburan harus digunakan dua kali sehari, 5-6 semburan pada satu masa. Regro harus digunakan pada rambut dan kulit kepala yang kering sahaja, dan rambut tidak patut dibasuh sekurang-kurangya 4 jam selepas penggunaan. Di samping itu, pengguna dinasihatkan untuk berhenti menggunakan Regro selama 24 jam sebelum sebarang rawatan rambut seperti perming atau mewarnakan rambut.
6. Foligain
Walaupun bukan terkenal seperti jenama lain, Foligain disyorkan oleh para pengguna. Rawatan yang ditawarkan dalam produk ini sesuai untuk orang yang mempunyai penipisan rambut di bahagian atas kepala. Ubat ini mengandungi Minoxidil, yang secara klinikal terbukti dapat membantu pertumbuhan semula rambut. Bukan itu sahaja, buih produk ini tidak mempunyai sebarang wangian tiruan. Terdapat juga Foligain yang khas untuk kalangan wanita. Stok mungkin terhad di Malaysia kerana ianya diimport dari Amerika Syarikat.
7. Finpecia
Seperti produk lain yang mempunyai Finasteride, Finpecia berfungsi dengan sama, untuk mengawal jumlah DHT dalam badan yang membawa kepada keguguran rambut. Biasanya, ubat yang diambil secara oral lebih baik kesannya apabila dimakan pada waktu yang sama setiap hari. Tambahan pula, dengan kombinasi pemakanan dan gaya hidup yang sihat, jika tiada masalah lain, pertumbuhan rambut baru boleh dilihat dalam 6 bulan. Antara langkah berjaga-jaga termasuklah penghindaran ubat tersentuh atas kulit ibu mengandung, kerana ubat tersebut boleh menyerap melalui kulit dan menjejaskan kesihatan bayi.
8. Alpecin Caffeine Liquid
Ubat ini menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut. Cecair ini mengandungi kafein sebagai bahan aktif yang memanjangkan fasa pertumbuhan dan mengekalkan keaktifan akar rambut. Selain itu, ia mengurangkan keguguran rambut dengan meningkatkan produktiviti akar rambut. Bahan lain seperti Niacin dan zink mengekalkan pertumbuhan rambut yang kuat.
Sementara menunggu rambut untuk tumbuh, gunalah TOPPIK Hair Building Fibers untuk memiliki rambut lebat sepanjang hari! Kunjungi https://toppikmalaysia.com/product-category/toppik-special-offers/ untuk melihat promosi TOPPIK yang memang berbaloi.
- Published in Blog
9 Vitamin Untuk Rambut Gugur
Anda hendak atasi masalah rambut gugur ataupun menipis? Sudah tentu ramai orang ingin rambut tumbuh dengan sihat secara semula jadi. Oleh itu, seperti pertumbuhan mana-mana bahagian badan anda, rambut memerlukan pelbagai nutrien supaya sihat dan lebat. Malah, kekurangan zat makanan biasanya dikaitkan dengan keguguran rambut. Walaupun faktor-faktor seperti umur, genetik dan hormon juga mempengaruhi pertumbuhan rambut, pengambilan nutrien optimum adalah penting. Lihatlah 9 jenis vitamin di bawah yang akan membantu rambut anda tumbuh dengan lebih sempurna.
9 vitamin untuk rambut gugur:
1. Vitamin A
Badan anda memerlukan vitamin A untuk pertumbuhan sel baru. Ini termasuk rambut, iaitu tisu yang paling cepat tumbuh dalam tubuh manusia. Vitamin A juga membantu kelenjar kulit mengeluarkan bahan berminyak yang dikenal sebagai sebum. Sebum berfungsi melembapkan kulit kepala dan membantu menjaga rambut sihat. Diet yang kekurangan vitamin A boleh menyebabkan beberapa masalah, termasuk kehilangan rambut. Walaupun ianya penting untuk mendapatkan vitamin A cukup, dos yang terlalu banyak boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Ubi keledek, labu, lobak merah, bayam dan kale semuanya mempunyai beta-karoten yang berubah untuk menjadi vitamin A. Vitamin ini juga boleh didapati dalam produk haiwan seperti susu, telur dan yogurt. Minyak ikan kod ialah sumber yang amat baik.
2. Vitamin B
Vitamin B membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana ia menguatkan folikel rambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Ia akan mengurangkan kerosakan dan kehilangan rambut dengan membantu menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen dan nutrien ke kulit kepala dan folikel rambut. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan tekanan emosi. Anda boleh mendapatkan vitamin ini dari pelbagai makanan termasuk bijirin, badam, daging, ikan, makanan laut dan sayur-sayuran hijau gelap.
3. Biotin (Vitamin H)
Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan terbukti untuk mengelakkan keguguran rambut. Walaupun biotin terkenal sebagai rawatan pengguguran rambut alternatif, hasil yang terbaik boleh dilihat dalam orang yang memerlukan biotin dalam pemakanan mereka. Biotin juga berupaya untuk mencegah uban dan membantu dalam pertumbuhan kulit dan kuku dengan membantu mencerna lemak dan karbohidrat. Biotin terdapat dalam susu, yis dan kuning telur.
4. Zat besi (Iron)
Zat besi membantu sel darah merah membawa oksigen ke sel anda. Ini menjadikan ia mineral yang penting untuk banyak fungsi badan, termasuk pertumbuhan rambut. Kekurangan zat besi, yang menyebabkan anemia, adalah penyebab utama keguguran rambut. Ia amat biasa di kalangan wanita. Jumlah zat besi dalam pemakanan boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut. Makanan yang kaya dalam zat besi termasuk kerang, tiram, telur, daging merah, bayam dan lentil.
5. Vitamin C
Vitamin C ialah antioksidan yang membantu proses detoksifikasi. Di samping itu, tubuh anda memerlukan vitamin C untuk mencipta protein yang dikenali sebagai kolagen – bahagian penting dalam struktur rambut. Kolagen dapat menguatkan struktur rambut yang mudah bercabang. Vitamin ini juga membantu badan anda menyerap zat besi untuk pertumbuhan rambut. Contoh sumber vitamin C ialah strawberi, lada, jambu dan buah sitrus.
6. Vitamin E
Seperti vitamin C, vitamin E ialah antioksidan yang boleh membantu pertumbuhan rambut. Dalam satu kajian, orang yang mengalami keguguran rambut mengalami kemajuan dalam kadar pertumbuhan rambut selepas mengambil lebih banyak makanan yang mempunyai vitamin E. Biji bunga matahari, badam, bayam dan alpukat adalah sumber vitamin E yang baik.
7. Vitamin D
Tahap vitamin D yang rendah dikaitkan dengan alopecia, iaitu keguguran rambut. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa vitamin D boleh membantu mencipta folikel baru, iaitu liang kecil di kulit kepala di mana rambut baru boleh tumbuh. Vitamin D memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut, jadi pengambilan vitamin D amat bermanfaat. Anda boleh meningkatkan tahap vitamin D melalui pendedahan cahaya matahari atau dengan makanan tertentu, seperti ikan berlemak, minyak ikan kod, dan beberapa jenis cendawan.
8. Omega 3
Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak penting yang baik untuk kesihatan dan juga rambut. Ia boleh menyuburkan dan melindungi rambut serta membantu pertumbuhan semula. Asid lemak Omega-3 bertanggungjawab untuk membran sel yang sihat. Hal ini dapat memudahkan pemindahan nutrisi yang ke sel rambut. Sumber semula jadi asid lemak Omega-3 termasuk tenggiri, salmon, minyak hati ikan kod, herring, tiram, sardin, biji rami, biji chia, walnut, dan kacang soya.
9. Asid folik
Asid folik menjadikan rambut anda lebih lebat dan berkilat. Ia meningkatkan penghasilan sel yang sihat dan oleh itu, asid folik ialah pemangkin pertumbuhan rambut semula jadi di kalangan lelaki dan wanita. Biasanya, asid folik sudah boleh didapati dalam vitamin B-kompleks, jadi jika anda sudah memakan suplemen ini, anda tidak perlu mengambil asid folik secara berasingan. Makanan kaya dengan asid folik untuk pertumbuhan rambut termasuk gandum dan bijirin. Selain itu, semua buah sitrus, kacang kering, dan semua sayuran hijau seperti bayam mengandungi asid folik. Kapsikum, kacang Perancis, brokoli, dan cili juga kaya dengan asid folik.
Selain membeli suplemen dan vitamin di farmasi terdekat, cubalah TOPPIK, kini terdapat di Healthlane ! Lihatlah cawangan healthlane di sini
- Published in Blog
Top 10 Best Laser Hair Loss Treatment Devices (LLLT) For Hair Growth In Malaysia
Top 10 Laser Hair Loss Treatment Devices (LLLT) For Hair Growth In Malaysia
With so much information out there about hair loss treatments, LLLT is considerably new in the industry. So, buying a hair growth laser device may sometimes be confusing. It doesn’t have to be, since we have ranked them for you. Here are our top ten picks of laser hair loss treatment devices.
1.HairMax by Lexington
HairMax had always been the World leading Premium brand in LLLT hair loss treatment .If you re looking for the highest class of laser hair therapy,this is the ultimate go-to brand for low level laser hair loss therapy. With options of laser combs, laser bands and laser caps, all their devices are lightweight and comfortable. HairMax laser devices include a patented hair parting teeth mechanism for maximum delivery of laser light energy to hair follicles. Each gadget comes with a full package of charging stand/cable, rechargeable battery, power cord, user manual, and a 2-year warranty. Their devices have high laser densities, fast treatment time and more coverage per square inch compared to other products in the market. Clinical results have proven their effectiveness and credibility.
Visit www.hairmax.com.my for more info
2.Capillus
Launched in 2012, Capillus Laser Therapy Caps come in three models: Value, Mid-Range, and Premium. These categories are differentiated by the amount of coverage offered through the number of laser diodes on the device. These laser therapy caps are hand-made in the USA. Users may use the hat provided or tuck it underneath a baseball cap for discreet use. The recommended treatment time is six minutes every day. However, the design does not feature hair parting teeth to allow light to reach the scalp. Also, coverage is limited as the light does not reach down the sides of the scalp.
3.Helight
In accordance to the protocols designed and programmed by the team’s scientific experts in France, Helight™ PRO is a non-medical device used in short sessions of 5 to 15 minutes on not just the hair, but on other body parts as well. Although highly effective for top-to-toe treatments including hair growth, the device takes up space and is costly for consumers who only want a simple device in their home. Helight™ PRO is more suitable for the use of beauty staff at spas and hair treatment centres.
4.iRestore
The iRestore Laser Hair Growth System is designed to be durable and hands-free. They claim to have 100% success rate in one of their clinical tests, with an average increase of 43.2% terminal hair count. The drawback to this is that the device is recommended to be used for 25 minutes on alternate days, which is a relatively long period, considering that there are other devices available that do not need that long of a usage time.
5.iGrow
In clinical studies, iGrow was proven to increase hair growth by over 35% in men and women. Their device uses medical-grade LEDs and laser diodes. iGrow makes sure the treatment is consistent by using an A/C power source and utilising four adjustable spacing columns to deliver the suitable light energy dosage to the scalp. Moreover, they have undergone strenuous consumer and regulatory testing such as bio-compatibility testing to ensure the components are safe on human skin.
6.Viatek HairPro
The Viatek HairPro Luxor Laser Hair Treatment System and the Viatek HairPro Laser Hair Brush operate under dual technology, using Low Level Laser Technology (LLLT) and LED stimulating therapy (LEDT). These light sources provide different degrees of scalp coverage with the red stimulating lasers. The laser light reflected across the entire length of the device gives a consistent beam for effectiveness.
7. Illumiflow Laser Helmet for Thinning Hair
The illumiflow laser cap is identical of that coming which come from Capillus. They both offer a comfort and easy to wear shape to match your head shape. Also, the illumiflow is FDA-cleared for safety as a Class II Medical Device. The illumiflow has 272 laser diodes that bathe your head with 650nm light. All you need is 20 to 30 minutes three times a week. While you wear it, you can perform other tasks, too.
8.Theradome
This device has won multiple awards in 2017 and 2018. Theradome® Laser Hair Growth Treatment is cordless and rechargeable, has a voice guided treatment tracking system, and has a one-size-fits-all design. The optimized wavelength of the lasers is set at 680 nm for maximum energy absorption.
9.Nutreve
Nutreve Personal Hair Therapy Laser uses pulsed wave technology. The pulsed laser diodes penetrate keratin fiber to deliver light energy better compared to constant wave technology. Since the device contours naturally to the scalp, it does not tire the user’s hands as easily as other gadgets. The laser is classified under 3R; low powered and safe.
10.NutraStim
The NutraStim Professional Hair Growth Laser Comb is packed with 12 lasers and equipped with the technology to guide usage. There will be a beeping sound every 4 seconds to prompt the user to move the comb to the next spot. Since the recommended frequency is 3 times a week for 8 minutes, the device will automatically shut off after 8 minutes, which adds convenience to the product.
- Published in Blog
Laser Hair Loss Treatment in Malaysia (LLLT)
Laser Hair Loss Treatment in Malaysia (LLLT)
Laser Hair Loss Treatment, or Low-Level Laser Therapy (LLLT) is one of the latest Nano technologies of hair loss treatments. There has been plenty of clinical research done by doctors on LLLT to discover the benefits and improve the process in recent years. Due to its success, LLLT is now practised by developed countries such as New Zealand, the UK and USA. Read on to find out all you need to know about LLLT.
What is LLLT?
It is a safe form of light/heat treatment used to treat hair loss usually caused by genetic factors in men and women, such as androgenetic alopecia or pattern balding. From the name Low-Level Laser Therapy, a low dose of light is emitted towards the scalp to stimulate natural processes in our body for the benefit of faster hair growth. Other names LLLT are red light therapy, soft laser, cold laser, biostimulation and photobiomodulation.
How does LLLT work?
The light energy in LLLT is set below a specific energy threshold and within a specific wavelength (630-670 nanometers) for a safe yet focused treatment. The photons of light lead to the production of ATP, which is used to create energy and stimulate metabolic processes for hair growth. This enhanced cellular activity triggers new cells to be rapidly reproduced to grow new hair. Besides that, blood flow is increased in the scalp to enable distribution of oxygen and nutrients to the hair roots. Weakened and dormant hair follicles can be energized and awakened to grow denser, fuller, and stronger. Also, LLLT prevents the excessive build-up of DHT, which is one of the causes of hair loss.
What are the benefits of LLLT?
Low level laser therapy can be used in both men and women. Furthermore, it is painless, easy to use, clean and does not have harmful side effects. The light emitted does not produce any heat, and therefore will not cause damage to the skin or hair follicles. Not only that, hair growth is possible in areas difficult to regrow hair such as the top of the head/crown and along the hairline. Results can be seen in as soon as 3 to 5 months, with reduced hair fall and noticeable hair growth. Additionally, LLLT is affordable and has high value for money because it is a one-off cost which allows you to use the device as many times as desired. Moreover, LLLT requires minimal time commitment. Only two to three times weekly treatments are needed, which consist of 8 to 15 minutes of exposure. It is convenient for anyone with a busy schedule and does not require any medication, surgery, or messy application of substances. This non-invasive and non-toxic approach is truly a revolutionary breakthrough for people who do not want to perform risky procedures, or for achieving better results together with the usage of other hair growth products.
Where can you find LLLT?
There are several types of devices that provide LLLT, such as in-salon overhead panels or hoods, head caps and handheld gadgets. One of the most common devices used is the portable handheld laser comb, whereby battery powered models have up to 12 beams of red light that pass through the teeth of a comb. Bonnets, or laser therapy helmets may vary from bulky machines to headpieces that can fit under a baseball cap. These appliances run on battery or require an electrical outlet, which is the only resource needed to perform the treatment.
Warnings and precaution
As this therapy takes time and patience, LLLT is not for people who are looking for an instant solution to grow hair overnight. Although LLLT has little to no drawbacks, care must be taken when the user is on medication. This is because light therapy should not be used concurrently with medication or products that are photosensitising, which may cause unexpected sunburn or skin inflammation. To protect the eyes, the laser light should not be directly stared at. Another thing to take note is that LLLT will not work on a completely bald head, or people who have been bald for years, because hair follicles that are no longer alive cannot be revived.
- Published in Blog
Top 10 Eyebrow Transplant Centres in Malaysia
Top 10 Eyebrow Transplant Centres in Malaysia
Not all of us are blessed with thick, lush eyebrows. So, we may try to seek professionals to provide us solutions for the perfect pair of brows. One of the methods is getting eyebrow transplants. Of course, they take time, but we all know that growing them naturally is the only way to get natural results. You can’t get any better real brows than having real hair transplanted into exactly where you want them to be. Nevertheless, Malaysia has quite a handful of experts in this field, giving you the perfect arches without having to worry if they do not look realistic enough. After all, they are your own hair, just planted into the desired place for them to grow beautifully. Here are some of the best places to go to for an eyebrow transplant.
- Dr. Ko Skin Specialist
This name needs no introduction, as their presence is all over the country with more than 25 branches in total. Their team is aware that an eyebrow transplant is a very delicate procedure, requiring perfect placement of hairs angled at the right direction to mimic natural growth. You can consult their doctors through their hotline and email available at their website.
- Cheong Plastic Surgery Specialist Clinic
Being specialised in aesthetics makes this clinic focus on beauty and precision. In their hair transplantation practice, they utilize the follicular unit extraction (FUE) technique. With this method, instead of making incisions, donor hair follicles are extracted one by one in the donor area. Hence, there will be no surgical scars left behind in the donor site. They provide useful information on the steps taken before, during and after the procedure. The clinic is situated in Cheras, KL.
- Premier Clinic
In their dedication to their services, their website has an article to explain the process of their FUE hair transplant procedure for the eyebrows, complete with contact information and a video. Clients can easily call, Whatsapp, email, or even chat live on the Premier Clinic website. Not only that, they have detailed information on their locations and even directions on the available spaces to park at. This user-friendly and transparent approach makes them one of the top clinics to visit.
- DHI Malaysia
DHI is recognised throughout the global network with regards to their eyebrow restoration services. Their technique is called Direct Hair Implantation (DHI) as explained with 5 steps: Design, Calculation, Extraction, Implantation and Growth. They have listed out the benefits of the procedure and offer a free online assessment and quote on their web page.
- Beverly Wilshire Medical Centre
They offer only FUE hair transplants, as they want the best for their clients. This is because the other technique, FUT, would result in scars. Although their website information on their procedures generally relates to the hair on the head, they perform eyebrow transplantations as well. Besides having centres in the area of Kuala Lumpur, Beverly Wilshire Medical Centre also has a centre in Johor (JB).
- Dr. Shah Clinic (DRS Medical Group)
Although they do not exclusively promote their eyebrow transplant services online, people have recommended Dr Shah in forums, explaining that for 100-200 strands, this procedure is affordable, and the results are great. You can trust Dr Shah with his noteworthy reputation in the industry. Dr Shah clinics are situated in states such as Selangor, Pahang and Johor.
- Glojas Smart International
Dato’ Dr JasG has been in the industry for over 20 years. Together with his team of professionals, they ensure that the brows are recreated according to the individual’s desired shape, thickness and length in the utmost comfort and quality. Their thousands of excellent reviews prove that their customers are very satisfied with the team’s services.
- Klinik Dr. Inder
With more than 30 years of experience, Dr Inder is well known for her work ethic and her amazing all-female team. Their teamwork and skills are highly praised by the public. Their success can be seen by the requirement to book appointments early as they are fully booked for long periods.
- Gem Clinic
Gem Clinic is a medical aesthetics clinic established since 2015. Although they are relatively new, their eyebrow transplant service is one of the popular treatments among the community. Not only that, besides the Klang Valley, they have a clinic in Sitiawan, Perak. This provides convenience to Nothern Malaysians.
- Dr.Ruban’s Skin & Hair Clinic
This clinic offers both the FUE and the follicular unit grafting (FUG)/strip procedures. They make sure that they are careful in the making of recipient sites for the hairs that will determine the direction and angulation of growth. Besides that, they care in the aesthetic designing to create natural appearing eyebrows that complement the rest of the patient’s facial features. Their locations are at Bangsar, Cheras and Petaling Jaya.
———————————————————————————————————————————-
For natural eyebrow make up, try our Toppik Brow Building Fiber !
The toppik nano fiber make your eyebrow dense and thick like you re born with it !
Instead of using conventional coloured method ,our toppik brow building fiber archieve the natural effect by using proprietary blend of ingredient utilizing nano fiber technology, the small keratin protein fiber bond to your existing eyebrow making them look thick instantly and feel exactly like your original eyebrow because our fiber look like baby hair and thats is what your eyebrow look like !
- Published in Blog
Top 10 Serum dan Tonik Rambut Terbaik Di Malaysia [Tonik Lebat Rambut]
Top 10 Serum dan Tonik Rambut Terbaik Di Malaysia
Tonik dan serum rambut mempunyai fungsi sama, iaitu memberi rambut anda khasiat dan nutrisi yang menyelesaikan pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur. Ianya membantu mencegah rambut kusut, serta membantu rambut anda menjadi lebih bersinar, fleksibel dan kuat. Dengan rambut yang lebat dan cantik, kita akan berasa lebih berkeyakinan. Serum rambut yang berkualiti baik dapat memastikan rambut terus terhidrat, tidak rosak, lembut dan mudah diurus. Jika anda ingin membeli serum, pastikan ia sesuai dengan jenis rambut anda. Berikut terdapat beberapa jenis serum dan tonik yang paling terkenal di Malaysia untuk dicuba.
-
Feryal Argan Oil
Tonik buatan tempatan ini mempunyai formulasi kombinasi argan oil dan jojoba oil yang bermutu khas untuk membantu masalah rambut dan kulit kepala. Produk ini jenis semburan yang tidak melekit. Terdapat pelbagai testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan Feryal Argan Oil. Bukan itu sahaja, tonik ini bertaraf GMP, halal dan disahkan oleh KKM.
-
TISSA Hair Tonic
Dengan menggunakan enzim daripada ekstrak Habbatus Sauda, tonik rambut ini mampu melebatkan dan menyuburkan rambut anda hingga ke akar. TISSA Hair Tonic berfungsi untuk mengurangkan rambut gugur, menghilangkan rasa kegatalan kepala, mengurangkan kelemumur, mengurangkan pertumbuhan uban, memberikan bau rambut yang segar dan lain-lain. Ramai pengguna memuji tonik ini berkesan dan berbau wangi.
-
Mensive Hair Tonic
Mensive Hair Tonic dirumus khas dengan ramuan semulajadi dan halal untuk membantu mengurangkan masalah rambut gugur dan mempercepatkan pertumbuhan rambut baru. Antara ramuannya termasuklah ginseng, apple stemcell, minyak kelapa dara, minyak buah pala dan minyak alpukat (avocado) yang boleh mengatasi masalah rambut. Selain itu, tonik rambut ini diiktiraf GMP dan KKM, dan pernah diiklankan oleh Nasir Bilal Khan.
-
Tropica Bioherb
Selain produk mereka yang berbagai-bagai jenis, serum rawatan anti-gugur Tropica Bioherb berasaskan air dan didakwa mujarab dan berkesan untuk merawat masalah rambut gugur, kulit kepala gatal, kelumumur, botak dan juga uban. Ianya diproses tanpa menggunakan bahan api dan bahan kimia. Ianya tidak berminyak dan mempunyai haruman limau purut. Serum ini berfungsi sebagai baja rambut yang suci dan bersih yang boleh dibawa solat.
-
Aily Hair Tonic
Tonik rambut ini digunakan dan disyorkan oleh pelbagai salun rambut di Malaysia. Ianya murah dan berkesan untuk kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Seterusnya, Aily Hair Tonic melebatkan dan melembutkan rambut. Terdapat sesetengah pengguna yang mungkin tidak akan menyukai bau herbanya, tetapi harganya memang berpatutan.
-
Alpecin Caffeine Liquid Hair Energizer
Alpecin jenama Jerman yang amat terkenal. Tonik mereka, Alpecin Caffeine Liquid Hair Energizer, menguatkan akar rambut dan menghalang keguguran rambut untuk semua kulit kepala dan jenis rambut. Ianya menggunakan kombinasi bahan aktif berasaskan kafein Alpecin yang diperkenalkan di 2007. Ia membantu memanjangkan fasa pertumbuhan rambut.
-
Audace Extra Hair Reactive and Hair Fall Control Tonic
Tonik rambut ini berkesan untuk orang yang menghidapi penyakit kulit kepala dan mempunyai masalah rambut gugur. Ianya menyuburkan kulit kepala dan rambut dengan vitamin, mineral dan anti-oksidan. Hasilnya adalah pertumbuhan rambut yang sihat dan tebal. Pengguna dinasihatkan untuk mengurut kepala dengan perlahan-lahan untuk 3 minit menggunakan teknik tekanan jari setelah menuangkan tonik ini pada kulit kepala.
-
Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum
Serum rambut yang diformulakan dengan Micro Moisture ini efektif dalam membantu mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan. Tambahan pula, ia turut memberi kelembutan dan pemulihan rambut yang rosak. Dengan rumusan yang ringan, ia tidak akan menyebabkan rambut anda berasa berminyak, malah memberi rambut kelihatan lebih licin dan berkilat.
-
YOKO Intensive Hair Serum
Minyak serum asli ini dirumus khas daripada buah alpukat. Serum ini dapat membantu mengatasi rambut kering. Ianya diperkaya dengan Vitamin A, D dan E dan mengandungi asid amino. Ia juga merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dengan perlindungan serum yang memastikan setiap helai rambut mendapat nutrisi yang secukupnya agar kekal terhidrat. Rambut anda lebih kuat dan amat lembut apabila disikat.
-
Yves Rocher Nutri Repair Anti-Breakage Strengthening Serum
Serum ini mempunyai minyak jojoba yang disyorkan oleh para pakar kecantikan. Minyak jojoba amat hebat dalam memberi penghidratan pada rambut dan membaiki rambut yang rosak akibat pendedahan kepada matahari. Dengan penggunaan serum ini secara berterusan, rambut anda akan kelihatan lebih bersinar, kuat dan lembut.
Ikutilah laman www.toppikmalaysia.com untuk lebih maklumat tentang tips penjagaan rambut terkini.
Untuk solusi rambut lebat serta merta TRY TOPPIK !
- Published in Blog
Top 10 Pusat Tanam Rambut dan Transplantasi Rambut Di Malaysia [BEST 2019 ]
Top 10 Pusat Tanam Rambut dan Transplantasi Rambut Di Malaysia
Jika anda ingin melakukan rawatan tanam rambut atau transplantasi, pastikan anda memilih rawatan yang sesuai dan pusat rawatan yang betul. Masalah rambut gugur dan kepala botak tidak boleh dipandang remeh, jadi ketika memilih, anda perlu memahami dengan jelas prosedur yang digunakan oleh doktor tersebut. Selain itu, doktor yang mengendalikan rawatan haruslah diiktiraf, berpengalaman dan bertauliah. Berikutnya 10 pusat transplantasi rambut yang disyorkan di Malaysia.
-
Dr Shah Hair Clinic
Doktor Shah dikenali sebagai doktor yang amat berpengalaman dalam transplantasi rambut. Klinik ini menawarkan rawatan FUE, PRP dan sebagainya. Juga dikenali sebagai DRS Medical Group, terdapat juga pelbagai perkhidmatan lain yang merawat bahagian kulit, muka dan badan. Lokasi klinik DRS terletak di Subang Jaya, Kuantan dan Johor.
Lokasi: 29, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5633 2333
-
GLOJAS INTERNATIONAL HAIR CLINIC
Glojas dikendalikan oleh dua doktor yang sangat berpengalaman dalam penanaman rambut,jambang, kening dan juga mengatasi parut di kepala, misai atau jambang dengan menggunakan teknik SMART FUE dan SMART FUT.
Dato Dr JasG mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam bidang ini dan beliau juga merupakan
satu-satunya doktor di Malaysia yang diiktiraf oleh American Board of Hair Restoration Surgery (ABHRS) dengan panggilan Diplomat.
PERALATAN GLOJAS SMART FUE
Peralatan yang digunakan adalah sangat selamat dan bertaraf dunia untuk memastikan hasil penanaman rambut yang sangat berkualiti. Formula yang digunakan juga dibuktikan selamat,berkesan dan berpuas hati.
PROSEDUR PENANAMAN RAMBUT GLOJAS
Gabungan Dato Dr JasG, Dr Mohd Ali dan juga staf yang berpengalaman memberikan hasil yang terbaik. Setiap prosedur sangat berbeza bergantung kepada jenis rambut dan kulit kepala seseorang.
Proses bermula dengan temujanji secara percuma dan analisis kulit kepala serta rambut. Prosedur SMART FUE sepenuhnya diformulasikan oleh Dato Dr JasG dengan teknologi bertaraf dunia yang hanya boleh didapati di Klinik Glojas.
Alamat : B-G-05, Glomac Galeria Hartamas, Jalan 26A/70A, Desa Sri Hartamas,
50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
No Telefon : +603-62115555 / +60125111089
- DHI Hair Transplant Clinic
Dengan lebih daripada 47 tahun pengalaman dalam pemindahan rambut, klinik ini menggunakan teknik DHI yang bermaksud Direct Hair Implantation untuk semua prosedur tanam rambut. Dalam teknik ini, rambut tunggal diekstrak menggunakan instrumen yang dipatenkan dan dimasukkan ke dalam kawasan penerima oleh ahli bedah yang disahkan DHI.
Lokasi: KL South Clinic, 52, Jalan Selangor, PJS 7 Petaling Jaya, 46050 Selangor.
Tel: 03-7499 7152
-
Dr Ko Clinic
Nama ini dikenali dan disanjung tinggi oleh rakyat tempatan. Disebabkan terdapat banyak cawangan yang terletak di seluruh Malaysia, klinik ini boleh diakses dengan mudah. Pusat transplantasi rambut ini diasaskan oleh Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997.
-
Beverly Wilshire Medical Centre
Rawatan dan perkhidmatan mereka sememangnya premium dan mewah, dengan kemudahan kelas tinggi untuk keselesaan pelanggan. Pesakit boleh mendapat rawatan unik dalam persekitaran yang tenang dan damai di sini. Pusat-pusat mereka terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru.
-
Klinik Dr Inder
Perkhidmatan mereka termasuk pemulihan rambut oleh kaedah Follicular Unit Extraction (FUE), rawatan rambut gugur serta pemulihan bulu kening. Dr Inder pakar dalam pelbagai perkhidmatan estetik. Proses tanam rambut dilakukan dengan teliti agar keputusannya kelihatan semula jadi.
Lokasi: P-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7932 1818
-
ARC Hair Clinic
Pusat rawatan ini tiada masalahnya dengan lesen pembedahan (LCP Chapter 3) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian (Whatsapp) dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.
Lokasi: No. 31-11, Penthouse Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2281 9811 / 017-817 1875 (Whatsapp)
-
Premier Clinic
Mereka menawarkan rawatan individu yang profesional dengan menggunakan peralatan canggih oleh kakitangan yang mahir, dalam suasana yang santai. Kini, mereka mempunyai cawangan di empat lokasi di Lembah Klang.
Bangsar & TTDI: +6012-662 5552 (Whatsapp / telefon)
Puchong: +6016-706 0101
KL: +6018-871 9939
E-mel: contactus@premier-clinic.com
-
DSH HAIR TRANSPLANT CENTRE
Pusat tanam rambut ini terletak di Damai Service Hospital, Kuala Lumpur. Melalui Program Gabungan Antarabangsa (International Affiliation Program), DSH dengan bangganya membawa teknologi pemindahan rambut yang diamalkan oleh salah seorang pakar bedah transplantasi rambut yang terbaik di dunia – Dr Jennifer Martinick dari New Hair Clinic, Australia.
Tel: +603-4043 4900, Ext: 782
E-mel: hairclinic@dsh.com.my
-
Dr Ruban’s Skin & Hair Clinic
Di klinik ini, Dr Ruban menawarkan pelbagai teknik transplantasi rambut termasuk rambut pada kulit kepala, muka, badan dan bulu kening. Transplantasi FUT dan FUE dilaksanakan dengan kelengkapan moden. Klinik mereka adalah salah satu klinik terkemuka untuk pemindahan rambut dengan ulasan positif daripada pesakit. Terdapat 3 Klinik Dr Ruban iaitu di Wisma UOA Bangsar, Pusat Perubatan Sunway, dan Pantai Hospital Cheras.
Lokasi: 2-3A & 2-5, Level 2, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9212 1166 ext: 78246
Demikianlah pusat rawatan transplantasi rambut yang paling terkemuka di Malaysia. Sebagai tip, pastikan harga bagi rawatan tanam rambut yang anda bakal pilih adalah harga muktamad dan jelas.
Jangan ketinggalan maklumat rambut terkini! Ikuti kami di www.toppikmalaysia.com/blog.
Untuk solusi rambut lebat serta merta TRY TOPPIK !
- Published in Blog