SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

CREATE AN ACCOUNT FORGOT YOUR PASSWORD?

FORGOT YOUR DETAILS?

AAH, WAIT, I REMEMBER NOW!

CREATE ACCOUNT

ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

Toppik Malaysia

  • MY CART
    No products in cart.
  • LOGIN
  • WHAT IS TOPPIK?
    • How Toppik Work?
    • Technology
    • Instructions
      • Men
      • Women
    • Hair loss Treatment Fact Malaysia
  • SHOP
    • Toppik Special Offers
    • Toppik Hair Fibers
    • Toppik Enchancements
    • All Toppik Products
    • Laser Hair Therapy Device
    • Track My Order
  • BEFORE & AFTER
    • TESTIMONY
  • EXHIBITION
    • Kapal Singh Drive 2016 @ Penang
    • Penang Beach Street 2015 @ UNESCO World Heritage Site
    • Toppik Product Roadshow 2015 Nu Sentral Mall @ KL SENTRAL
    • Tesco Hypermarket EGATE 2013
    • Auto City Christmas Fair 2012 @ JURU
  • FAQ
  • NEWS
  • BLOG
  • ABOUT US
    • Get Toppik From Our Agent
  • Home
  • Blog
  • Blog
  • 7 Petua Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin
2023/01/04

7 Petua Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

7 Petua Mengatasi Rambut Gugur Selepas Bersalin

by ToppikMalaysia / Monday, 01 April 2019 / Published in Blog


Panik tentang keguguran rambut setelah melahirkan permata hati? Jangan bimbang, keadaan ini normal dan biasanya berlaku kerana perubahan hormon. Dalam masa 1 hingga 5 bulan selepas bersalin, badan akan menjalankan pelarasan untuk kembali ke normal, sementara menyediakan susu ibu yang mengambil banyak nutrien dari badan. Berikutnya petua untuk mengatasi rambut gugur selepas melahirkan anak.

  • Guna sikat yang sesuai untuk rambut anda
  • Ikuti pemakanan yang sihat
  • Basuh rambut anda apabila perlu
  • Elak gaya rambut yang ketat
  • Elak bahan kimia dan haba
  • Minum banyak air dan dapatkan tidur secukupnya
  • Jalankan rawatan mask rambut
  • Bonus: Lihat di bawah
cara atasi rambut gugur

1. Guna sikat yang sesuai

Rambut boleh rapuh selepas mengandung. Anda digalakkan untuk memilih sikat jenis bergigi lebar ataupun digelar wide toothed. Sikat yang mempunyai gigi yang jarang boleh membantu untuk mengurangkan tekanan terhadap kulit kepala. Jika sikat bergigi sempit, rambut yang disikat terlalu rapat boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan kulit kepala. Selain itu, jangan sikat rambut ketika ia masih basah, kerana rambut basah paling senang patah.

cara mengatasi rambut gugur

2. Ikuti pemakanan yang sihat

Ketika menunggu badan anda melakukan pengimbangan semula, rambut anda bukan prioriti utama untuk mendapat nutrien, jadi makanan memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan masalah keguguran rambut berkurang. Ibu-ibu harus mengamalkan pemakanan yang sihat yang mengandungi banyak protein, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang mempunyai zat besi kerana sumber vitamin dan nutrien yang baik boleh membantu rambut anda. Kopi dan makanan berminyak perlu dikurangkan supaya anda kurang mengalami kuguguran rambut. Hal ini kerana bahan terdapat dalam makanan tersebut boleh mempengaruhi keseimbangan hormon.

rambut gugur teruk

3. Jangan takut membasuh rambut anda

Selalunya, peningkatan jumlah rambut gugur yang dilihat semasa mencuci rambut boleh membuat anda ingin melambatkan pencucian yang seterusnya. Walau bagaimanapun, anda tidak payah berhenti membasuh rambut anda kerana takut akan keguguran rambut. Anda akan kehilangan jumlah rambut yang sama, sama ada anda mencuci rambut sekali seminggu atau sekali sehari. Jadi, berapa kerapkah anda patut membasuh rambut? Sekiranya rambut anda sensitif selepas melahirkan anak, cubalah dua hingga tiga kali seminggu. Jangan cuci rambut terlalu kuat atau mengguna syampu yang terlalu banyak kerana ini akan mengeringkan rambut sehingga menyebabkan rambut patah dengan mudah dan kelihatan lebih nipis. Dengan mengekalkan kulit kepala yang bersih, anda dapat membantu pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

rambut gugur

4. Elak gaya rambut yang ketat

Gaya rambut memainkan peranan yang mustahak untuk mengurangkan masalah rambut gugur. Elakkan gaya rambut yang akan memberikan tekanan kepada kulit kepala, kerana ia akan menyebabkan keguguran rambut bertambah teruk akibat rambut ditarik keluar. Hal ini disebabkan oleh akar rambut yang menjadi lemah apabila berada dalam keadaan demikian. Bukan itu sahaja, elakkan juga ikat rambut untuk jangka masa yang terlalu lama. Pilih gaya rambut longgar untuk mengurangkan ketegangan dan kerosakan pada rambut anda.

rambut gugur lepas bersalin

5. Elak bahan kimia dan haba

Tingkatkan lagi penjagaan rambut anda dengan menghindari alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu kerana ia merosakkan lagi rambut. Alat-alat yang dipanaskan pada rambut anda boleh menyebabkan kerosakan dan meningkatkan keguguran rambut. Sekiranya anda perlu menggunakan pengering rambut, tetapkannya ke suhu yang paling sejuk.Tambahan pula, elak daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang perlu menggunakan bahan kimia yang tidak baik untuk ibu yang baru habis bersalin.

punca rambut gugur selepas bersalin

6. Minum banyak air dan tidur secukupnya

Badan yang kekurangan air akan menyebabkan masalah dehidrasi. Kesuburan rambut akan terjejas dan keguguran rambut akan semakin teruk. Di samping itu, dapatkan juga tidur yang secukupnya supaya badan kita dapat menjalankan detoksifikasi dengan sempurna. Meskipun tidur yang mencukupi agak susah dicapai untuk ibu yang sibuk menjaga anak, dapatkanlah bantuan sebanyak mungkin untuk membenarkan anda mendapat rehat yang secukupnya supaya badan kekal sihat untuk menjaga bayi anda.

punca rambut gugur

7. Jalankan rawatan mask

Mask rambut bukan sahaja boleh dibeli di farmasi atau pasaraya, ianya boleh dibuat sendiri dengan ramuan organik yang murah dan berkesan. Terdapat pelbagai petua tradisional yang boleh dicuba. Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah santan kelapa, limau nipis, putih telur, lidah buaya (aloe vera), madu dan lendir pokok bunga raya. Langkah ini sesuai dilaksanakan sekali seminggu selepas pengelupasan, pembersihan dan pelembapan rambut.

rawatan rambut gugur

Bonus: Gunakan serat rambut

Untuk rambut lebat serta-merta, cubalah TOPPIK Hair Building Fibers! Lihatlah testimoni keajaiban TOPPIK di https://toppikmalaysia.com/products/toppik-fibers/testimony/.

Untuk solusi rambut lebat dalam 30 saat, TRY TOPPIK !

  • Tweet
Avatar

About ToppikMalaysia

What you can read next

Cara Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Pusat Rawatan Rambut Gugur di Malaysia [Treatment]
Everything You Need to Know About Alopecia and Its Treatment Options [ALOPECIA TREATMENT MALAYSIA]

Recent Posts

  • Toppik coming to more Healthlane Pharmacy Outlet Starting April 2020

    For Existing Healthlane Pharmacy Toppik Walk-in...
  • Testimoni Mohamed Nizal Jamaluddin Berkenaan Serat Rambut Toppik !

    Saya telah cuba banyak produk hair fiber, dan T...
  • Toppik hair building fiber review by local indian in malaysia , TAMIL SPEAKING

    See how Shanti ,a Malaysian Indian apply Toppik...
  • toppik malaysia review

    Toppik Hair Building Fiber Testimonial Review by Miss Tang (Mandarin)

    See how Miss Tang from Kuala Lumpur Malaysia ap...
  • sebab rambut gugur

    8 Punca Rambut Gugur

    Memang benar bahawa kaum lelaki lebih cenderung...

Recent Comments

    Archives

    • April 2020
    • February 2020
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    • July 2017
    • June 2017
    • May 2017
    • March 2017
    • February 2017
    • January 2017
    • December 2016
    • November 2016
    • October 2016
    • September 2016
    • August 2016
    • July 2016
    • June 2016
    • May 2016
    • April 2016
    • March 2016
    • February 2016
    • January 2016
    • December 2015
    • November 2015
    • September 2015
    • August 2015
    • July 2015
    • April 2015
    • March 2015
    • January 2015
    • December 2014
    • November 2014
    • October 2014

    Categories

    • Blog
    • News

    Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org

    Global Hair

    Global Hair

    +6 016 512 0824 (sales)

    sales@toppikmalaysia.com

    QUICK LINK

    • About Us
    • FAQ
    • Blog
    • News
    • Our Agent

    ABOUT TOPPIK

    • What is Toppik?
    • How Toppik Work?
    • Technology
    • Instructions
    • Hair Loss Fact

    TESTIMONIAL

    • Before & After
    • Testimony

    PRODUCTS

    • Shop
    • Toppik Special Offers
    • Toppik Hair Fibers
    • Toppik Enchancements
    • All Toppik Products
    • HairMax Ultima 9 Lasercomb USA
    • Track My Order

    FIND US ON

    Toppik Shopee
    Toppik Lazada
    Toppik Lelong
    Toppik Ebay

    FOLLOW US

    TRACK YOUR SHIPPING STATUS HERE

    • Term of Use
    • Privacy Policy
    • Refund Policy
    • GET SOCIAL
    Toppik Malaysia

    Copyright by ToppikMalaysia. All rights reserved.

    TOP