SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

CREATE AN ACCOUNT FORGOT YOUR PASSWORD?

FORGOT YOUR DETAILS?

AAH, WAIT, I REMEMBER NOW!

CREATE ACCOUNT

ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

Toppik Malaysia

  • MY CART
    No products in cart.
  • LOGIN
  • WHAT IS TOPPIK?
    • How Toppik Work?
    • Technology
    • Instructions
      • Men
      • Women
    • Hair loss Treatment Fact Malaysia
  • SHOP
    • Toppik Special Offers
    • Toppik Hair Fibers
    • Toppik Enchancements
    • All Toppik Products
    • Laser Hair Therapy Device
    • Track My Order
  • BEFORE & AFTER
    • TESTIMONY
  • EXHIBITION
    • Kapal Singh Drive 2016 @ Penang
    • Penang Beach Street 2015 @ UNESCO World Heritage Site
    • Toppik Product Roadshow 2015 Nu Sentral Mall @ KL SENTRAL
    • Tesco Hypermarket EGATE 2013
    • Auto City Christmas Fair 2012 @ JURU
  • FAQ
  • NEWS
  • BLOG
  • ABOUT US
    • Get Toppik From Our Agent
  • Home
  • Blog
  • Blog
  • 10 Petua Rambut Gugur Untuk Lelaki
2023/01/04

10 Petua Rambut Gugur Untuk Lelaki

10 Petua Rambut Gugur Untuk Lelaki

by ToppikMalaysia / Monday, 08 April 2019 / Published in Blog


Keguguran rambut menjadi kebimbangan bagi ramai lelaki, dan kajian menunjukkan bahawa kira-kira dua pertiga lelaki akan mula kehilangan rambut mereka pada umur 30-an. Walaupun sesetengah lelaki mungkin menerima perubahan tersebut dan mencukur kepala mereka, yang lain ingin mencari rawatan atau cara-cara untuk mengurangkan keguguran rambut. Lihatlah petua-petua di bawah untuk mengatasi rambut gugur.

  • Amalkan diet yang baik untuk rambut dan kesihatan
  • Berhenti merokok demi rambut anda
  • Kurangkan tekanan, kurangkan rambut gugur
  • Urut kepala untuk pertumbuhan rambut
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan
  • Gunakan syampu rambut gugur yang baik
  • Kurangkan penggunaan bahan kimia dan haba pada rambut
  • Berhenti atau ubah ubat yang mempunyai kesan sampingan
  • Gunakan ubat topikal pada kulit kepala
  • Gunakan serat rambut untuk rambut lebat
rambut gugur

1. Amalkan diet yang baik untuk kesihatan

Diet dan suplemen boleh membantu dalam memperkuat rambut dan mengurangkan kadar keguguran rambut. Anda harus mengambil pendekatan proaktif untuk masalah rambut anda. Selain daripada pil dan prosedur, berilah tumpuan kepada diet anda. Perubahan diet yang drastik mungkin agak susah, jadi anda boleh cuba sekali seminggu makanan yang tiada gula atau yang mempunyai antioksidan, kemudian tingkatkan kekerapannya. Suplemen termasuk biotin, zink, vitamin C, zat besi dan niacin amat digalakkan. Bukan itu sahaja, minumlah air kosong yang mencukupi.

punca rambut gugur
  • Berhenti merokok

Sekiranya anda seorang perokok, anda mungkin sedar akan kesan negatif pada paru-paru, mulut dan tekak. Tetapi tahukah anda bahawa merokok boleh menyebabkan keguguran rambut serta kedutan wajah dan uban yang lebih awal dan banyak? Penyelidikan telah membuktikan bahawa terdapat hubungan antara merokok dan keguguran rambut. Hal ini disebabkan oleh jumlah toksin yang tinggi dalam asap rokok yang diserap oleh muka dan rambut. Untuk mengelakkan keguguran rambut di samping implikasi buruk yang lain, ini mungkin idea yang baik untuk berhenti merokok secepat mungkin.

cara mengatasi rambut gugur

3. Kurangkan tekanan

Tekanan sememangnya tidak baik untuk kesihatan badan, termasuk rambut anda. Keguguran rambut mungkin disebabkan oleh gaya hidup yang kurang optimum. Antara strategi untuk mengurangkan tekanan ialah senaman yang kerap, mendengar muzik, melakukan yoga serta bermeditasi. Tidur yang mencukupi juga penting untuk otak yang cerdas.

rawatan rambut gugur

4. Urut kepala

Urutan bukan sahaja untuk keselesaan, tetapi proses ini juga boleh membantu pertumbuhan rambut anda. Urutan kulit kepala dapat merangsang folikel rambut dengan peredaran darah yang lebih baik. Menurut satu kajian, lelaki di Jepun yang menerima 4 minit urutan kulit kepala setiap hari selama 24 minggu mempunyai rambut yang lebih lebat pada akhir kajian.

cara merawat rambut gugur

5. Dapatkan pemeriksaan kesihatan

Selain daripada genetik anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh mengakibatkan keguguran rambut. Anda boleh dapat mengatasi masalah keguguran rambut dengan menjaga kesihatan badan. Pastikan anda melawat doktor dengan kerap dan dapatkan rawatan yang anda perlukan. Jika masalah rambut anda berkait dengan penyakit anda, setelah anda pulih, rambut anda juga akan menjadi lebih sihat.

cara atasi rambut gugur

6. Gunakan syampu yang baik

Jangan biarkan rambut anda kotor dan berminyak. Basuhlah rambut jika perlu, kerana jika liang kulit kepala tersumbat, rambut tidak dapat tumbuh dengan baik. Bukan itu sahaja, lebih banyak rambut akan gugur kerana tidak mendapat nutrien yang mencukupi. Syampu yang baik untuk pertumbuhan rambut mempunyai anti-DHT dan minyak Argan.

masalah rambut gugur

7. Kurangkan penggunaan bahan kimia dan haba

Jika anda bimbang tentang keguguran rambut, anda mungkin patut elakkan yang berikut:

  • gaya rambut yang ketat, seperti pigtails, cornrows, braids, dan bun
  • rawatan minyak panas
  • bahan kimia yang digunakan dalam perm dan rawatan meluruskan rambut
  • meluntur atau mewarnakan rambut

Tambahan pula, ketika memberus atau menggayakan rambut anda, jika anda sering menarik rambut anda dengan ketat, keguguran rambut boleh menjadi lebih teruk. Jika anda masih ingin menggunakan bahan kimia atau peluntur dalam rambut anda, dapatkan bantuan daripada profesional terlatih. Jangan cuba lakukan sendiri di rumah.

rambut gugur teruk

8. Berhenti atau ubah ubat

Sesetengah ubat tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Contohnya termasuk:

  • rawatan kemoterapi dan radiasi
  • penipis darah (antikoagulan)
  • ubat untuk merawat kemurungan
  • ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi
  • ubat jantung
  • ubat gout
  • isotretinoin (Accutane), rawatan jerawat

Jika anda risau terhadap keguguran rambut anda, jangan berhenti mengambil ubat secara tiba-tiba. Lawat doktor anda untuk mengetahui sama ada anda mempunyai pilihan lain. Anda mungkin perlu menunggu sehingga rawatan anda selesai sebelum mengutamakan rambut anda. Dalam kebanyakan kes, rambut anda akan kembali setelah rawatan dihentikan.

melebatkan rambut

9. Gunakan ubat topikal

Ubat topikal seperti Rogaine dan Minoxidil mungkin mengambil masa sehingga setahun untuk melihat keputusan, dan anda perlu terus menggunakannya untuk mengekalkan faedahnya. Namun, penggunaannya amat senang dan ianya berkesan untuk ramai orang.

merawat rambut gugur

10. Gunakan serat rambut – Rahsia selebriti Hollywood

Jika anda tidak pernah menggunakan serat rambut, ianya sebenarnya serbuk microfibers yang digunakan untuk menutup kawasan nipis. Anda akan terkejut mengetahui bahawa ramai lelaki yang dalam filem dan gambar iklan menggunakan helah ini. Serat rambut boleh digunakan untuk aplikasi yang lebih tepat di sepanjang garis rambut yang menipis.

Lihatlah bagaimana anda boleh mendapat rambut lebat dalam hanya 30 saat di sini: https://toppikmalaysia.com/technology/ 

  • Tweet
Avatar

About ToppikMalaysia

What you can read next

Top 15 Salon Rambut Muslimah di KL & Selangor [Paling Best]
hair loss treatment kl
Top 8 Hair Treatments in KL and Selangor
Top 10 Pusat Tanam Rambut dan Transplantasi Rambut Di Malaysia [BEST 2019 ]

Recent Posts

  • Toppik coming to more Healthlane Pharmacy Outlet Starting April 2020

    For Existing Healthlane Pharmacy Toppik Walk-in...
  • Testimoni Mohamed Nizal Jamaluddin Berkenaan Serat Rambut Toppik !

    Saya telah cuba banyak produk hair fiber, dan T...
  • Toppik hair building fiber review by local indian in malaysia , TAMIL SPEAKING

    See how Shanti ,a Malaysian Indian apply Toppik...
  • toppik malaysia review

    Toppik Hair Building Fiber Testimonial Review by Miss Tang (Mandarin)

    See how Miss Tang from Kuala Lumpur Malaysia ap...
  • sebab rambut gugur

    8 Punca Rambut Gugur

    Memang benar bahawa kaum lelaki lebih cenderung...

Recent Comments

    Archives

    • April 2020
    • February 2020
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    • July 2017
    • June 2017
    • May 2017
    • March 2017
    • February 2017
    • January 2017
    • December 2016
    • November 2016
    • October 2016
    • September 2016
    • August 2016
    • July 2016
    • June 2016
    • May 2016
    • April 2016
    • March 2016
    • February 2016
    • January 2016
    • December 2015
    • November 2015
    • September 2015
    • August 2015
    • July 2015
    • April 2015
    • March 2015
    • January 2015
    • December 2014
    • November 2014
    • October 2014

    Categories

    • Blog
    • News

    Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org

    Global Hair

    Global Hair

    +6 016 512 0824 (sales)

    sales@toppikmalaysia.com

    QUICK LINK

    • About Us
    • FAQ
    • Blog
    • News
    • Our Agent

    ABOUT TOPPIK

    • What is Toppik?
    • How Toppik Work?
    • Technology
    • Instructions
    • Hair Loss Fact

    TESTIMONIAL

    • Before & After
    • Testimony

    PRODUCTS

    • Shop
    • Toppik Special Offers
    • Toppik Hair Fibers
    • Toppik Enchancements
    • All Toppik Products
    • HairMax Ultima 9 Lasercomb USA
    • Track My Order

    FIND US ON

    Toppik Shopee
    Toppik Lazada
    Toppik Lelong
    Toppik Ebay

    FOLLOW US

    TRACK YOUR SHIPPING STATUS HERE

    • Term of Use
    • Privacy Policy
    • Refund Policy
    • GET SOCIAL
    Toppik Malaysia

    Copyright by ToppikMalaysia. All rights reserved.

    TOP