“Masa i kat UK, I sudah guna Toppik, I ingat Malaysia belum ada. Terima kasih kerana bawa masuk produk ni, ia nampak natural daripada nanogen yang lebih mahal” – Encik Mohamed Saiful
“Harga ok.. produk berkualiti, orang tak dapat tau yang i tengah guna fiber ni, recommended!!” – Encik Azmi
it work also when i go jogging, but too bad it is not permanent hair, lol…at least it do it job as a covering agent,
recommended …can try it !
by Mohammad Firdauz
Ini adalah antara ribuan testimoni pelanggan kami yang sangat berpuas hati dengan penggunaan Serat Rambut Toppik. Ternyata, inovasi serat rambut ini semakin mendapat sambutan dan memenuhi keperluan pelanggan yang mengalami keguguran rambut.
Apakah Sebenarnya Serat Rambut Toppik?
Bagi anda yang belum begitu ‘familiar’ dengan serat rambut, ia adalah sejenis teknologi dalam penghasilan rambut secara berkesan untuk menutup masalah rambut gugur. Malah, kesannya terbukti seawal 30 saat sahaja!
Dengan teknologi keratin daripada sumber protein semulajadi yang organik, gentian rambut akan terhasil serta-merta apabila disembur pada rambut. Setiap helaian rambut asal akan diperkaya dengan gentian-gentian serat rambut yang berpaut padanya, menjadikan rambut anda lebih lebat dan bermaya.
Serat Rambut Toppik adalah alternatif terbaru untuk menyembunyikan rambut nipis akibat keguguran. Ianya dijamin selamat dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan. Selain itu, produk ini sangat praktikal kerana ia boleh dicuci bila-bila sahaja anda ingin menanggalkannya.
Mesra Pengguna, Bayi Pun Boleh Guna!
Serat Rambut Toppik bukan saja penyelesaian bagi masalah rambut gugur yang kronik, malah ia boleh digunakan untuk meremajakan penampilan anda. Bagi yang ingin bergaya pada hari-hari istimewa, tentu anda akan tampil lebih yakin apabila memiliki rambut yang lebih lebat, sihat, dan bersinar.
Sebab itulah Serat Rambut Toppik didatangkan khas dalam pelbagai pilihan warna dan juga berat, supaya anda dapat membuat pilihan sebaiknya dalam memulihkan keyakinan sewaktu berhadapan dengan orang ramai.
Serat Rambut Toppik terdapat dalam 12 rona warna coklat hingga kehitaman dan ia didatangkan dalam 5 jenis ketebalan daripada 3g hingga 55 g. Pemilihan warna dan ketebalan yang baik dapat memastikan rambut yang tumbuh nampak lebih ‘natural’ dan bergaya.
Bukan orang dewasa saja, bayi pun boleh menggunakannya. Tiada kesan sampingan, tak percaya, lihat saja video di bawah!
Produk Mampu Milik, Kualiti Berbaloi!
Anda patut mencuba teknologi gentian keratin yang dirumus khas dalam serat rambut Toppik. Ramai yang mula meyakini alternatif Toppik kerana ia lebih mudah, selamat, serta hasil seakan-akan rambut sebenar. Yang penting, harganya sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua generasi.
Jangan salah sangka, Toppik bukanlah seperti rambut palsu. Ia tidak memerlukan sebarang pelekat atau getah untuk melekat pada kepala. Cara penggunaannya pula hanyalah seperti penyembur rambut biasa. Hasilnya pula tak ubah seperti rambut semulajadi, seolah-olah anda menjalani rawatan rambut yang mencecah ribuan ringgit. Tahukah anda, proses ‘hair transplant’ sahaja sangat mahal dan harganya mampu mencecah 10 ribu ringgit!
Bolehkah Toppik Merawat Rambut Gugur?
Serat Rambut Toppik tidak berfungsi untuk merawat rambut gugur. Namun, penggunaannya tidak menghalang rambut anda daripada mendapat nutrisi secukupnya jika anda menggunakan sebarang produk rawatan.
Contohnya, jika anda sedang menggunakan apa-apa produk yang biasa anda gunakan setiap hari, teruskan saja penggunaannya seperti biasa. Anda cuma perlu tunggu sebentar supaya rambut anda tidak terlalu basah sebelum menggunakan penyembur serat rambut Toppik. Untuk pengetahuan anda, Toppik mempunyai rangkaian khusus yang terdiri daripada syampu dan perapi yang boleh digunakan bersama Serat Rambut Toppik untuk hasil yang optimum.
Pengambilan Rogaine minoxidil dan pil-pil tambahan rambut gugur juga boleh diteruskan kerana produk ini boleh digunakan bersama serat rambut Toppik.
Dapatkan Sekarang, Tingkatkan Keyakinan Dalam Masa 30 Saat!
Macam tak percaya, tapi inilah yang kami pertaruhkan dalam produk Serat Rambut Toppik. Hanya dalam 30 saat anda mampu melakukan rawatan rambut sendiri di rumah dan tampil yakin serta-merta!
Hasilnya menakjubkan, anda akan memiliki rambut lebih tebal, sihat dan bermaya. Tak ubah seperti rambut yang asli.
Rujuk laman web rasmi kami sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Anda akan mendapat segala jawapan kepada pertanyaan anda melalui www.toppikmalaysia.com. Kini, Toppik juga boleh didapati secara terus daripada agen-agen kami di seluruh Malaysia. Tempahlah sekarang untuk penghantaran terus ke rumah anda.
Toppik Malaysia ialah pengedar rasmi jenama Toppik yang diasaskan di Amerika Syarikat dan produk ini telah digunapakai oleh ratusan ribu pengguna di seluruh dunia. Mungkin anda pengguna seterusnya?