Cara Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Di Malaysia, semakin ramai wanita yang bertudung atau berhijab yang memberi perhatian kepada kesihatan rambut.
Malah, iklan-iklan di televisyen juga mula memaparkan wanita-wanita bertudung sebagai ikon fesyen masa kini.
Maka, tidak hairanlah mereka semakin rapi dalam menjaga penampilan dan ingin tampil anggun serta berkeyakinan, walaupun bertudung.
Tidak dinafikan lagi, penjagaan rambut bagi wanita bertudung juga perlu sedikit lebih rapi berbanding biasa.
Tetapi, apabila wanita bertudung ini bijak menguruskan kesihatan rambut,
mereka tidak perlu berkompromi untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari.
Bersukan, membuat kerja-kerja luar, ‘traveling’, atau apa saja, ia tidak sepatutnya mendatangkan masalah!
Mari lihat cara penjagaan rambut yang paling sesuai untuk
wanita bertudung:
Keringkan Rambut Sebelum Memakai Tudung
Antara cara yang paling baik untuk memastikan rambut sempat kering ialah dengan mencuci rambut lebih awal daripada biasa.
Kemudian, cuba keringkan beberapa ketika di hadapan kipas angin jenis berdiri.
Jika tiada pilihan, barulah menggunakan pengering rambut.
Ini kerana, haba daripada pengering rambut mampu merosakkan struktur rambut jika dikenakan terlalu kerap.
Pilih Tudung Daripada Fabrik Kapas
Fabrik kapas adalah antara fabrik terbaik sekiranya anda meluangkan masa yang lama di luar dengan mengenakan tudung.
Ianya menyerap peluh dan memberi pengudaraan kepada kepala anda.
Selain itu, pastikan anda kerap menukar tudung serta anak tudung untuk menghindarkan kelembapan dan mengekalkan kebersihan.
Elakkan Lilitan Yang Terlalu Tebal
Kini, macam-macam gaya lilitan yang boleh dipelajari melalui tutorial.
Sekali-sekala menggayakan fesyen lilitan memang tidak salah. Tetapi, pastikan anda tidak melilit sehingga terlalu tebal dan menyebabkan anda tidak selesa dan berpeluh.
Kelmbapan ini akan menyebabkan rambut anda mudah berbau.
Gunakan Tudung Berwarna Cerah
Tudung yang berwarna cerah akan memantulkan haba dan meminimakan serapan cahaya matahari.
Ini penting bagi mereka yang melakukan banyak aktiviti luar.
Dalam cuaca tropika seperti di negara kita, pemilihan tudung dengan warna gelap menyebabkan kita mudah terasa panas, pening, dan gatal kulit kepala.
Ambil Masa Menguruskan Rambut Di Rumah
Luangkanlah sedikit masa untuk menyikat, membelai, mencuci, dan menngunakan produk kesihatan untuk rambut.
Antara produk yang elok dipakai selain syampu dan perapi ialah minyak rambut, serum, tonik, atau vitamin rambut.
Anda juga boleh menggunakan petua-petua tradisional seperti daun bunga raya untuk memastikan rambut dalam keadaan segar dan sihat.
Beri juga urutan kepada kulit kepala semasa anda mencuci rambut dan menyapukan minyak. Tindakan ini membantu peredaran darah pada kulit kepala.
Longgarkan Ikatan Rambut
Kadangkala, sukar juga hendak menguruskan rambut yang panjang di dalam tudung.
Maka, kebanyakan kita tidak sedar yang kita mengikat rambut dengan terlalu ketat sepanjang hari.
Ikatan rambut ini perlu dileraikan sebaik saja anda membuka tudung di rumah kerana ia mengehadkan pengudaraan.
Anda akan mudah berasa pening apabila mengikat rambut terlalu ketat buat masa yang lama.
Jika boleh, longgarkan ikatan ini seketika semasa anda bersolat atau berehat di pejabat.
Pilih Produk Yang Sesuai
Kadangkala, bukannya rambut anda yang bermasalah. Sebaliknya, terdapat produk tertentu yang tidak serasi dengan anda.
Oleh itu, jangan teragak-agak untuk menukar rangkaian produk yang tidak berkesan walaupun anda telah menghabiskan ratusan ringgit untuknya. Seelok-eloknya, kenalpasti masalah rambut anda terlebih dahulu sebelum menggunakan sesebuah produk.
Pilihan daripada rangkaian produk organik biasanya amat berkesan dan tidak mempunyai banyak kesan sampingan kepada rambut.
Toppik syampu merupakan sejenis produk cuci rambut yang paling berkesan
Selain daripada cara penjagaan yang dinyatakan di atas, kita juga perlu mengamalkan gaya hidup sihat melalui corak pemakanan seimbang.
Makanan mengandungi vitamin, zink, magnesium, dan zat besi seperti dalam sayuran buah-buahan memainkan peranan penting untuk menguatkan akar rambut.
Elakkan stress kerana kemurungan mampu menjadikan seseorang keguguran rambut.
Penulis
-Nazurah
Global Hair Solution