Banyak produk berjanji untuk meningkatkan jumlah rambut, atau membantu anda melebatkan rambut. Tetapi bukan semua produk itu berkesan. Cara terbaik untuk menambah jumlah rambut di kawasan botak adalah dengan pemindahan rambut. Namun, berapakah kos transplantasi rambut? Kita tidak ada jawapan yang jelas dan mudah untuk soalan ini kerana terdapat pelbagai jenis rawatan yang ditawarkan di klinik rambut di Malaysia dan Asia. Rawatan dan pemulihan pemindahan rambut mempunyai beberapa unsur yang akan menambah kepada jumlah kos transplantasi rambut.
Berapa kos rawatan pemindahan rambut?
Kos pemindahan rambut sering berubah-ubah dan biasanya berharga kira-kira antara RM8,000 hingga RM60,000 ($2,000 hingga $15,000). Kos ini selalunya dibayar dengan simpanan sendiri. Hal ini kerana kebanyakan syarikat insurans menganggap pemindahan rambut sebagai prosedur kosmetik dan tidak layak untuk tuntutan insurans. Kos pemindahan rambut bergantung kepada banyak faktor yang berbeza. Lihatlah faktor-faktor di bawah.
1.Tempat tinggal anda
Kos sara hidup di kawasan tempat tinggal dan bilangan pakar bedah berdekatan yang menawarkan prosedur tersebut boleh mempunyai kesan terhadap harga yang dikenakan oleh pakar bedah.
2.Jenis prosedur yang anda pilih
Terdapat dua jenis pemindahan rambut yang berbeza, iaitu pemindahan unit folikel (FUT) dan pengekstrakan unit folikel (FUE). Setiap rawatan mempunyai kos yang berbeza.
3.Kemahiran pakar bedah anda
Jika ahli bedah anda dianggap sebagai salah satu yang terbaik, mereka mungkin akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, harga yang lebih tinggi tidak selalu bermakna kemahiran yang unggul, jadi lakukan penyelidikan anda dengan teliti.
4.Berapa banyak rambut yang anda mahu pindahkan
Untuk 1,000 helai rambut (kira-kira RM 8,000 – RM 10,000), anda boleh mengurangkan 1 cm ketinggian garis rambut anda. Namun demikian, ramai orang lebih suka memindah sekurang-kurangnya 3,000 helai kerana rambut yang dipindahkan ke garis rambut akan berkurang sedikit secara semula jadi setelah beberapa bulan. Keadaan keguguran rambut daripada kelas 1 (kebotakan di garis rambut sahaja) kepada kelas 7 (seluruh bahagian atas kepala botak) juga menentukan jumlah helai rambut yang patut dipindahkan.
5.Kos perjalanan
Kos ini bukan sesuatu yang dikenakan oleh doktor anda, tetapi kos ini masih anda harus pertimbangkan. Kadang-kadang, anda perlu melakukan perjalanan untuk mencari pakar terbaik dan anda harus mengambil kira kos ini apabila membuat keputusan jika anda mampu melakukan prosedur. Misalnya, terdapat doktor pakar di Korea dan Turki. Situasi ini membolehkan anda berlancong sambil menjalankan rawatan.
Berapa kos untuk pulih daripada pemindahan rambut?
Selain daripada kos rawatan, anda wajar mempertimbangkan kos pemulihan anda.
Kos ini termasuk:
-ubat sakit semasa pemulihan segera
-ubat anti-radang untuk mengurangkan bengkak di kawasan yang telah dibedah
-antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan
Jika anda mengalami sebarang komplikasi, contohnya jangkitan, anda perlu merawatnya. Keadaan ini boleh menambah perbelanjaan anda, termasuk kos ubat dan kos konsultasi doktor.
Justeru, berdasarkan faktor-faktor di atas, transplantasi rambut tidak datang dengan kos yang rendah. Hal ini demikian terutamanya apabila terdapat kemungkinan rawatan ini tidak berkesan seperti yang anda impikan. Sekiranya anda mempunyai dana yang mencukupi dan telah memutuskan untuk melabur dalam prosedur pemindahan rambut, ambillah sedikit masa untuk melakukan penyelidikan anda. Anda boleh mendapatkan pelbagai konsultasi untuk mendapat anggaran kos dan mencari pakar bedah yang sesuai untuk anda.
Ingatlah bahawa apabila rawatan bergantung kepada kemahiran pakar bedah, jangan asyik fikir untuk berjimat sahaja. Carilah pakar bedah yang berkelayakan dan boleh dipercayai. Walaupun kosnya lebih mahal, rawatan yang sempurna dapat membantu anda mendapatkan hasil yang terbaik. Anda juga perlu ingat bahawa terdapat klinik yang menawarkan pelan pembayaran atau ansuran untuk membolehkan rawatan pemindahan rambut diakses oleh lebih ramai orang.
Alternatif untuk pemindahan rambut
Jika anda sedang menunggu temujanji pemindahan rambut anda atau tidak ingin menjalani rawatan ini, terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan. Ubat-ubat ini mungkin berkesan untuk sementara, tetapi ubat-ubat boleh membantu menghentikan keguguran rambut.
Alternatif untuk pemindahan rambut termasuk:
-Minoxidil (Rogaine). Ubat ini boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.
-Ubat Finasteride (Propecia), yang dapat memberikan hasil dalam merawat kebotakan lelaki dan wanita. Kesan positif boleh muncul setelah antara tiga hingga enam bulan penggunaan berterusan.
-Terapi laser peringkat rendah (low-level laser therapy) hairmax , yang boleh merawat keguguran rambut dalam kedua-dua jantina dengan merangsang aktiviti selular. Rawatan ini dapat menggalakkan pertumbuhan rambut dan dapat menguatkan akar rambut yang lemah.
Untuk mengatasi keguguran rambut segera tanpa ubat, cubalah TOPPIK Hair Building Fibers!
Maklumat lanjut boleh didapati di https://toppikmalaysia.com/what-is-toppik/.