Top 10 Pusat Tanam Rambut dan Transplantasi Rambut Di Malaysia
Jika anda ingin melakukan rawatan tanam rambut atau transplantasi, pastikan anda memilih rawatan yang sesuai dan pusat rawatan yang betul. Masalah rambut gugur dan kepala botak tidak boleh dipandang remeh, jadi ketika memilih, anda perlu memahami dengan jelas prosedur yang digunakan oleh doktor tersebut. Selain itu, doktor yang mengendalikan rawatan haruslah diiktiraf, berpengalaman dan bertauliah. Berikutnya 10 pusat transplantasi rambut yang disyorkan di Malaysia.
-
Dr Shah Hair Clinic
Doktor Shah dikenali sebagai doktor yang amat berpengalaman dalam transplantasi rambut. Klinik ini menawarkan rawatan FUE, PRP dan sebagainya. Juga dikenali sebagai DRS Medical Group, terdapat juga pelbagai perkhidmatan lain yang merawat bahagian kulit, muka dan badan. Lokasi klinik DRS terletak di Subang Jaya, Kuantan dan Johor.
Lokasi: 29, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Tel: 03-5633 2333
-
GLOJAS INTERNATIONAL HAIR CLINIC
Glojas dikendalikan oleh dua doktor yang sangat berpengalaman dalam penanaman rambut,jambang, kening dan juga mengatasi parut di kepala, misai atau jambang dengan menggunakan teknik SMART FUE dan SMART FUT.
Dato Dr JasG mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam bidang ini dan beliau juga merupakan
satu-satunya doktor di Malaysia yang diiktiraf oleh American Board of Hair Restoration Surgery (ABHRS) dengan panggilan Diplomat.
PERALATAN GLOJAS SMART FUE
Peralatan yang digunakan adalah sangat selamat dan bertaraf dunia untuk memastikan hasil penanaman rambut yang sangat berkualiti. Formula yang digunakan juga dibuktikan selamat,berkesan dan berpuas hati.
PROSEDUR PENANAMAN RAMBUT GLOJAS
Gabungan Dato Dr JasG, Dr Mohd Ali dan juga staf yang berpengalaman memberikan hasil yang terbaik. Setiap prosedur sangat berbeza bergantung kepada jenis rambut dan kulit kepala seseorang.
Proses bermula dengan temujanji secara percuma dan analisis kulit kepala serta rambut. Prosedur SMART FUE sepenuhnya diformulasikan oleh Dato Dr JasG dengan teknologi bertaraf dunia yang hanya boleh didapati di Klinik Glojas.
Alamat : B-G-05, Glomac Galeria Hartamas, Jalan 26A/70A, Desa Sri Hartamas,
50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
No Telefon : +603-62115555 / +60125111089
- DHI Hair Transplant Clinic
Dengan lebih daripada 47 tahun pengalaman dalam pemindahan rambut, klinik ini menggunakan teknik DHI yang bermaksud Direct Hair Implantation untuk semua prosedur tanam rambut. Dalam teknik ini, rambut tunggal diekstrak menggunakan instrumen yang dipatenkan dan dimasukkan ke dalam kawasan penerima oleh ahli bedah yang disahkan DHI.
Lokasi: KL South Clinic, 52, Jalan Selangor, PJS 7 Petaling Jaya, 46050 Selangor.
Tel: 03-7499 7152
-
Dr Ko Clinic
Nama ini dikenali dan disanjung tinggi oleh rakyat tempatan. Disebabkan terdapat banyak cawangan yang terletak di seluruh Malaysia, klinik ini boleh diakses dengan mudah. Pusat transplantasi rambut ini diasaskan oleh Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997.
-
Beverly Wilshire Medical Centre
Rawatan dan perkhidmatan mereka sememangnya premium dan mewah, dengan kemudahan kelas tinggi untuk keselesaan pelanggan. Pesakit boleh mendapat rawatan unik dalam persekitaran yang tenang dan damai di sini. Pusat-pusat mereka terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru.
-
Klinik Dr Inder
Perkhidmatan mereka termasuk pemulihan rambut oleh kaedah Follicular Unit Extraction (FUE), rawatan rambut gugur serta pemulihan bulu kening. Dr Inder pakar dalam pelbagai perkhidmatan estetik. Proses tanam rambut dilakukan dengan teliti agar keputusannya kelihatan semula jadi.
Lokasi: P-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7932 1818
-
ARC Hair Clinic
Pusat rawatan ini tiada masalahnya dengan lesen pembedahan (LCP Chapter 3) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian (Whatsapp) dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.
Lokasi: No. 31-11, Penthouse Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2281 9811 / 017-817 1875 (Whatsapp)
-
Premier Clinic
Mereka menawarkan rawatan individu yang profesional dengan menggunakan peralatan canggih oleh kakitangan yang mahir, dalam suasana yang santai. Kini, mereka mempunyai cawangan di empat lokasi di Lembah Klang.
Bangsar & TTDI: +6012-662 5552 (Whatsapp / telefon)
Puchong: +6016-706 0101
KL: +6018-871 9939
E-mel: contactus@premier-clinic.com
-
DSH HAIR TRANSPLANT CENTRE
Pusat tanam rambut ini terletak di Damai Service Hospital, Kuala Lumpur. Melalui Program Gabungan Antarabangsa (International Affiliation Program), DSH dengan bangganya membawa teknologi pemindahan rambut yang diamalkan oleh salah seorang pakar bedah transplantasi rambut yang terbaik di dunia – Dr Jennifer Martinick dari New Hair Clinic, Australia.
Tel: +603-4043 4900, Ext: 782
E-mel: hairclinic@dsh.com.my
-
Dr Ruban’s Skin & Hair Clinic
Di klinik ini, Dr Ruban menawarkan pelbagai teknik transplantasi rambut termasuk rambut pada kulit kepala, muka, badan dan bulu kening. Transplantasi FUT dan FUE dilaksanakan dengan kelengkapan moden. Klinik mereka adalah salah satu klinik terkemuka untuk pemindahan rambut dengan ulasan positif daripada pesakit. Terdapat 3 Klinik Dr Ruban iaitu di Wisma UOA Bangsar, Pusat Perubatan Sunway, dan Pantai Hospital Cheras.
Lokasi: 2-3A & 2-5, Level 2, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9212 1166 ext: 78246
Demikianlah pusat rawatan transplantasi rambut yang paling terkemuka di Malaysia. Sebagai tip, pastikan harga bagi rawatan tanam rambut yang anda bakal pilih adalah harga muktamad dan jelas.
Jangan ketinggalan maklumat rambut terkini! Ikuti kami di www.toppikmalaysia.com/blog.
Untuk solusi rambut lebat serta merta TRY TOPPIK !