10 KEDAI GUNTING RAMBUT TERBAIK DI MALAYSIA
Pasti semua terfikir – fikir tentang kedai gunting rambut atau salun rambut yang terbaik di Malaysia, kan? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kedai gunting rambut di Malaysia yang khas untuk Melayu memang sangat kurang, terutamanya untuk muslimah. Di www.toppikmalaysia.com/blog anda boleh dapatkan maklumat 5 kedai gunting rambut untuk Melayu lelaki yang terbaik dan 5 kedai untuk Melayu perempuan yang terbaik di Malaysia.
Untuk golongan wanita, kedai gunting rambut yang paling baik ialah:
-
Siti Salon Al -Zahra, Shah ALam
Di premis ini, hanya pelanggan wanita yang dibenarkan masuk.dan salun ini menggunakan konsep moden dan dihiasi dengan amat cantik sekali. Kedai gunting rambut ini mengamalkan syariat dan menjaga aurat kaum wanita. Rawatan yang “special” dalam salon ini ialah rawatan akar rambut dengan madu.
Lokasi: 14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam
Waktu kerja: Setiap hari kecuali hari Selasa
Facebook: Siti Salon | Al – Zahrah
-
Chinta Hair Salon & Beauty Wangsa Maju
Salon ini bertemakan konsep rona bunga ungu, ia membekalkan kawasan bertutup khas untuk wanita yang bertudung untuk menjalankan rawatan atau gunting rambut.
Lokasi: Wangsa Walk, Wangsa Maju bersebelahan dengan OCBC
Waktu kerja: setiap hari 11am – 9pm
No. Telefon: 03 – 41433084
-
Iris Salon & Spa
Salon ini dapat memenuhi keinginan wanita muslimah yang mengejar kesihatan dan kecantikan. Di sini membekalkan kawasan untuk muslimah menjalankan rawatan berdasarkan konsep islam.
Lokasi: No. 23 -1 – A, Jalan Kristal AS7/AS, Sek 7, Shah Alam.
Waktu kerja:Setiap hari kecuali Isnin
Facebook: Iris Salon & Spa
-
Sue Beauty Salon
Salon muslimah ini membekalkan anda kawasan yang selesa dan rawatan serta servis gunting rambut yang profesional untuk golongan wanita. Rawatan lain yang istimewa termasuklah rawatan inai uban, steam treatment, facial dan lain – lain.
Lokasi: No 579 -G, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, Batu Caves
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Sue Beauty Saloon
-
Spa & Salun Kecantikan Muslimah Hurun Ain Oasis, Taman Tun Dr. Ismail
Di sini lah tempat rawatan dan salun yang semua muslimah mengidam – idamkan. Pelanggan pasti merasa amat selesa dan selamat sekali kerana tiada kaum lelaki dibenarkan untuk memasuki premis ini.
Lokasi: 104, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Hurunainoasis Spa
Untuk golongan lelaki pula, anda boleh merujuk kepada ranking yang berikut:
1) Joe’s Barber Shop
Kedai gunting rambut ini dimiliki oleh Joe Flizzow, seorang bekas anggota kumpulan hip hop yang terkenal di Malaysia, iaitu Too Phat. Joe’s Barber Shop terkenal dengan menggunakan imej yang terkini.
Joe kini mempunyai 3 cawangan di Lembah Klang dan ia amat digemari oleh penduduk-penduduk di sekitar Lembah Klang.
Lokasi: 18, Jalan SS 15/8b, SS15, 47500 Subang Jaya.
No. tel: 03-56137000
2) Wak Doyok Barbershop
Kedai gunting rambut ini dimiliki oleh Wak Doyok, lelaki yang paling bergaya di Malaysia. Kedai gunting rambut ini selalu dikunjungi oleh ramai pengemar Wak Doyok.
Lokasi: No. 7, Jalan SS 15/4, 47500 Subang Jaya.
No. Tel: 018-2298825
3)Son and Dad Barber Shop
Kedai gunting rambut ini amat unik kerana tukang gunting rambutnya semua memakai kot makmal berwarna putih, wajib anda kunjungi jikalau anda ingin mempunyai stail rambut hipster.
Lokasi: 53A, Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang.
No. tel: 04-2630019
4) Fendi Barber Shop
Mempunyai pengikut instagram sebanyak 12.300, Fendi Barber Shop mempunyai 5 cawangan di kawasan Johor iaitu Setia Indah, Larkin Perdana, Kebun The, Yishun di Singapura dan Bazar Karat di Johor.
Lokasi: 29, Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana, 80350, Johor.
No tel: 017-7205113
5) The 1855 Tonsorial Parlour
Kedai gunting rambut ini pernah dikunjungi oleh ikon – ikon seperti Afdlin Shauki dan Baihakki Khaizan.
Lokasi: Kilang Bateri, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru.
No tel: 017-7126512
Selain daripada membekalkan ranking kedai rambut, www.toppikmalaysia.com/shop turut mempunyai pelbagai jenis produk rambut untuk kegunaan anda. Layari laman web www.toppikmalaysia.com untuk maklumat selanjutnya.
Untuk solusi rambut lebat serta merta, TRY TOPPIK !