Tips Aidilfitri Bersama Toppik Malaysia ( Selamat Berpuasa Dan Hari Raya )
Umat Islam di seluruh dunia masih sedang menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan in.
Namun, ramai yang kini mula sibuk membuat persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelang pada bulan hadapan.
Persediaan untuk musim lebaran boleh dikatakan bertumpu kepada 3 kategori yang utama iaitu rumah, juadah dan persiapan diri.
Keadaan rumah sebaik-baiknya dalam keadaan bersih, kemas dan teratur semasa sambutan suatu perayaan itu diadakan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terkecuali.
Barang-barang lama yang tidak terpakai harus dikendalikan supaya tidak menyemakkan ruang rumah, bahagian rumah yang usang dan rosak harus dibaiki dan ditambahbaik manakala kawasan rumah harus disapu, lap atau dicuci untuk mengelakkan kekotoran.
Aktiviti mengemas rumah bukan sahaja memastikan keadaan rumah senantiasa mantap, selamat dan selesa didiami malah boleh mengeratkan silaturahim ahli keluarga ketika semua orang berganding bahu dan saling membantu.
Ini memudahkan perhiasan untuk diatur, contohnya seperti bunga-bungaan, lampu kelip-kelip, reben, patung, bantal, wangian, bingkai gambar dan sebagainya.
Suatu persediaan yang tidak boleh berkurang adalah juadah raya.
Juadah raya boleh dikatakan adalah elemen yang dinanti-nantikan oleh setiap golongan tidak kira tua atau muda dalam musim perayaan.
Antara makanan tradisional yang dihidangkan semasa rumah terbuka pada hari raya adalah seperti rending,
ketupat, lemang, laksam, nasi impit dengan kuah kacang, roti jala dengan kuah kari,
lontong dengan sayur lodeh, sate, serunding dan juga sajian tradisional daerah masing-masing. Yang paling digemari adalah kuih-muih serta biskut-biskut yang disimpan di dalam balang-balang lutsinar. Snek begini bukan sahaja menjadi penyeri meja malah boleh dijadikan
bahan pemberian atau buah tangan semasa berkunjungan.
Biskut dan kuih yang beraneka bentuk, rasa dan warna sering dinikmati
semasa saudara-mara dan sahabat handai berborak-borak atau menghabiskan masa bersama
Selain persiapan tempat kediaman dan juadah-juadah enak, setiap orang juga akan sibuk menyediakan pakaian, kasut dan aksesori
yang baru untuk diri dan keluarganya agar tampak segar dan menarik di pagi Hari Raya Aidilfitri nanti.
Tidak dinafikan, banyak modal dan usaha yang diperlukan untuk menempah
pakaian yang secocok untuk seisi keluarga, kasut yang bersesuaian dan aksesori yang terbaru.
Kaum wanita, khususnya, akan mula merancang beg tangan yang akan digunakan,
kerongsang baju yang sepadan, barang kemas yang anggun dan kosmetik
yang menyerikan wajah ala-ala pelakon Korean. Namun segala persediaan tersebut tidak akan lengkap
tanpa keadaan rambut yang tampak sihat dan lebat.
Masalah keguguran rambut bukan sahaja menjejaskan penampilan diri yang menawan
malah akan mengundang banyak pertanyaan, kritikan dan juga salah faham mengenai
soal umur ketika kaum keluarga dan kenalan berkumpul.
Kejadian sebegitu sudah pasti akan mempengaruhi perasaan dan mentaliti
seseorang ke arah yang kurang menyenangkan.
Bayangkan apabila anak buah muda yang baru belajar bercakap memanggil anda nenek atau datuk
semata-mata kerana keadaan rambutmu yang jarang dan nipis,
sama dengan keadaan rambut orang tua yang berusia hampir tujuh puluh tahun.
Semasa anda mengenakan pakaian dan fikiranmu melayang ke soalan-soalan seperti,
‘Baju Kebaya yang mana satu yang bersesuaian dengan keadaan rambut saya yang hampir botak?
Patutkan saya memakai songkok sahaja tatkala rambut yang ada terlampau sikit?
Apa gunanya sekiranya memiliki bahan kosmetik berjenama dan kemahiran bersolek
yang arif sekiranya wajah yang jelita disolek tidak diserikan dengan rambut yang ikal mayang?’
Usah stress dan risau lagi kerana penyelesaiannya telah lama ditemui
dan telah sampai ke Malaysia!
Produk berjenama Toppik adalah produk hebat yang boleh membuatkan rambut
anda nampak lebat dalam masa sesingkat 30 saat! Ini langsung tidak memberi
beban kepada persiapan raya anda.
Langkah pertama adalah dengan meletakkan Toppik Hair Building Fiber
ke atas bahagian rambut menipis di kepala, kemudian disembur Toppik Fiber Hold Spray
untuk mengukuhkan penggunaan fiber tersebut supaya lebih tahan lama dan bermaya.
Menurut laman web Toppik Malaysia, produk ini menggunakan gentian
halus yang dikenali sebagai fiber mikro yang melembarkan sistem struktur rambut yang sedia ada.
Bahan aktif yang digunakan di dalam fiber adalah protein keratin tulen organik,
sama seperti rambut semula jadi manusia.
Protein keratin ini diperbuat daripada bulu biri biri dan dijamin HALAL !
Melalui proses yang unik, fiber mikro organic ini disusun semula untuk bergabung
dengan gentian rambut semulajadi anda. Anda serta-merta akan kelihatan lebih menawan
dengan kepala yang mempunyai rambut yang tampak tebal dan bersinar.
Produk ini mempunyai vitamin dan vitamin c dan langsung tidak mempunyai bahan kimia tambahan yang lain.
Lebih banyak maklumat menarik mengenai produk kosmetik rambut ini boleh didapati di Toppik Malaysia
menerusi pautan www.toppikmalaysia.com
Sebarang pembelian juga boleh dilakukan di pautan yang sama dengan
harga yang berpatutan dan servis penghantaran yang paling memuaskan.
Dengan penggunaan gentian fiber Toppik, hari raya yang akan datang akan lebih berseri dan bermakna.