SIGN IN YOUR ACCOUNT TO HAVE ACCESS TO DIFFERENT FEATURES

CREATE AN ACCOUNT FORGOT YOUR PASSWORD?

FORGOT YOUR DETAILS?

AAH, WAIT, I REMEMBER NOW!

CREATE ACCOUNT

ALREADY HAVE AN ACCOUNT?

Toppik Malaysia

  • MY CART
    No products in cart.
  • LOGIN
  • WHAT IS TOPPIK?
    • How Toppik Work?
    • Technology
    • Instructions
      • Men
      • Women
    • Hair loss Treatment Fact Malaysia
  • SHOP
    • Toppik Special Offers
    • Toppik Hair Fibers
    • Toppik Enchancements
    • All Toppik Products
    • Laser Hair Therapy Device
    • Track My Order
  • BEFORE & AFTER
    • TESTIMONY
  • EXHIBITION
    • Kapal Singh Drive 2016 @ Penang
    • Penang Beach Street 2015 @ UNESCO World Heritage Site
    • Toppik Product Roadshow 2015 Nu Sentral Mall @ KL SENTRAL
    • Tesco Hypermarket EGATE 2013
    • Auto City Christmas Fair 2012 @ JURU
  • FAQ
  • NEWS
  • BLOG
  • ABOUT US
    • Get Toppik From Our Agent
  • Home
  • 2019
  • January
2023/01/07

Month: January 2019

Top 10 Serum dan Tonik Rambut Terbaik Di Malaysia [Tonik Lebat Rambut]

Friday, 11 January 2019 by ToppikMalaysia

Top 10 Serum dan Tonik Rambut  Terbaik Di Malaysia

 serum rambut

Tonik dan serum rambut mempunyai fungsi sama, iaitu memberi rambut anda khasiat dan nutrisi yang menyelesaikan pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur. Ianya membantu mencegah rambut kusut, serta membantu rambut anda menjadi lebih bersinar, fleksibel dan kuat. Dengan rambut yang lebat dan cantik, kita akan berasa lebih berkeyakinan. Serum rambut yang berkualiti baik dapat memastikan rambut terus terhidrat, tidak rosak, lembut dan mudah diurus. Jika anda ingin membeli serum, pastikan ia sesuai dengan jenis rambut anda. Berikut terdapat beberapa jenis serum dan tonik yang paling terkenal di Malaysia untuk dicuba.

Feryal Argan Oil

  1. Feryal Argan Oil

 

Tonik buatan tempatan ini mempunyai formulasi kombinasi argan oil dan jojoba oil yang bermutu khas untuk membantu masalah rambut dan kulit kepala. Produk ini jenis semburan yang tidak melekit. Terdapat pelbagai testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan Feryal Argan Oil. Bukan itu sahaja, tonik ini bertaraf GMP, halal dan disahkan oleh KKM.

 

Tissa Hair Tonic

  1. TISSA Hair Tonic

 

Dengan menggunakan enzim daripada ekstrak Habbatus Sauda, tonik rambut ini mampu melebatkan dan menyuburkan rambut anda hingga ke akar. TISSA Hair Tonic berfungsi untuk mengurangkan rambut gugur, menghilangkan rasa kegatalan kepala, mengurangkan kelemumur, mengurangkan pertumbuhan uban, memberikan bau rambut yang segar dan lain-lain. Ramai pengguna memuji tonik ini berkesan dan berbau wangi.

 

 Mensive Hair tonic

  1. Mensive Hair Tonic

 

Mensive Hair Tonic dirumus khas dengan ramuan semulajadi dan halal untuk membantu mengurangkan masalah rambut gugur dan mempercepatkan pertumbuhan rambut baru. Antara ramuannya termasuklah ginseng, apple stemcell, minyak kelapa dara, minyak buah pala dan minyak alpukat (avocado) yang boleh mengatasi masalah rambut. Selain itu, tonik rambut ini diiktiraf GMP dan KKM, dan pernah diiklankan oleh Nasir Bilal Khan.

 

tropica bioherb

  1. Tropica Bioherb

 

Selain produk mereka yang berbagai-bagai jenis, serum rawatan anti-gugur Tropica Bioherb berasaskan air dan didakwa mujarab dan berkesan untuk merawat masalah rambut gugur, kulit kepala gatal, kelumumur, botak dan juga uban. Ianya diproses tanpa menggunakan bahan api dan bahan kimia. Ianya tidak berminyak dan mempunyai haruman limau purut. Serum ini berfungsi sebagai baja rambut yang suci dan bersih yang boleh dibawa solat.

 

Aily Hair Tonic

  1. Aily Hair Tonic

 

Tonik rambut ini digunakan dan disyorkan oleh pelbagai salun rambut di Malaysia. Ianya murah dan berkesan untuk kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Seterusnya, Aily Hair Tonic melebatkan dan melembutkan rambut. Terdapat sesetengah pengguna yang mungkin tidak akan menyukai bau herbanya, tetapi harganya memang berpatutan.

 

alpecin

  1. Alpecin Caffeine Liquid Hair Energizer

 

Alpecin jenama Jerman yang amat terkenal. Tonik mereka, Alpecin Caffeine Liquid Hair Energizer, menguatkan akar rambut dan menghalang keguguran rambut untuk semua kulit kepala dan jenis rambut. Ianya menggunakan kombinasi bahan aktif berasaskan kafein Alpecin yang diperkenalkan di 2007. Ia membantu memanjangkan fasa pertumbuhan rambut.

 

 audace extra hair reactive

  1. Audace Extra Hair Reactive and Hair Fall Control Tonic

 

Tonik rambut ini berkesan untuk orang yang menghidapi penyakit kulit kepala dan mempunyai masalah rambut gugur. Ianya menyuburkan kulit kepala dan rambut dengan vitamin, mineral dan anti-oksidan. Hasilnya adalah pertumbuhan rambut yang sihat dan tebal. Pengguna dinasihatkan untuk mengurut kepala dengan perlahan-lahan untuk 3 minit menggunakan teknik tekanan jari setelah menuangkan tonik ini pada kulit kepala.

 tonik rambut

  1. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum

 

Serum rambut yang diformulakan dengan Micro Moisture ini efektif dalam membantu mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan. Tambahan pula, ia turut memberi kelembutan dan pemulihan rambut yang rosak. Dengan rumusan yang ringan, ia tidak akan menyebabkan rambut anda berasa berminyak, malah memberi rambut kelihatan lebih licin dan berkilat.

 hair tonic

  1. YOKO Intensive Hair Serum

 

Minyak serum asli ini dirumus khas daripada buah alpukat. Serum ini dapat membantu mengatasi rambut kering. Ianya diperkaya dengan Vitamin A, D dan E dan mengandungi asid amino. Ia juga merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dengan perlindungan serum yang  memastikan setiap helai rambut mendapat nutrisi yang secukupnya agar kekal terhidrat. Rambut anda lebih kuat dan amat lembut apabila disikat.

 

petua melebatkan rambut

  1. Yves Rocher Nutri Repair Anti-Breakage Strengthening Serum

 

Serum ini mempunyai minyak jojoba yang disyorkan oleh para pakar kecantikan. Minyak jojoba amat hebat dalam memberi penghidratan pada rambut dan membaiki rambut yang rosak akibat pendedahan kepada matahari. Dengan penggunaan serum ini secara berterusan, rambut anda akan kelihatan lebih bersinar, kuat dan lembut.

 

 

Ikutilah laman www.toppikmalaysia.com untuk lebih maklumat tentang tips penjagaan rambut terkini.

 

Untuk solusi rambut lebat serta merta TRY TOPPIK !

Read more
  • Published in Blog
No Comments

Top 10 Pusat Tanam Rambut dan Transplantasi Rambut Di Malaysia [BEST 2019 ]

Thursday, 10 January 2019 by ToppikMalaysia

Top 10 Pusat Tanam Rambut dan Transplantasi Rambut Di Malaysia

Jika anda ingin melakukan rawatan tanam rambut atau transplantasi, pastikan anda memilih rawatan yang sesuai dan pusat rawatan yang betul. Masalah rambut gugur dan kepala botak tidak boleh dipandang remeh, jadi ketika memilih, anda perlu memahami dengan jelas prosedur yang digunakan oleh doktor tersebut. Selain itu, doktor yang mengendalikan rawatan haruslah diiktiraf, berpengalaman dan bertauliah. Berikutnya 10 pusat transplantasi rambut yang disyorkan di Malaysia.

 

tanam rambut

tanam rambut murah

  1. Dr Shah Hair Clinic

 

Doktor Shah dikenali sebagai doktor yang amat berpengalaman dalam transplantasi rambut. Klinik ini menawarkan rawatan FUE, PRP dan sebagainya. Juga dikenali sebagai DRS Medical Group, terdapat juga pelbagai perkhidmatan lain yang merawat bahagian kulit, muka dan badan. Lokasi klinik DRS terletak di Subang Jaya, Kuantan dan Johor.

 

Lokasi: 29, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Tel: 03-5633 2333

 

  1.   GLOJAS INTERNATIONAL HAIR CLINIC 

Glojas dikendalikan oleh dua doktor yang sangat berpengalaman dalam penanaman rambut,jambang, kening dan juga mengatasi parut di kepala, misai atau jambang dengan menggunakan teknik SMART FUE dan SMART FUT.


Dato Dr JasG mempunyai pengalaman selama 21 tahun dalam bidang ini dan beliau juga merupakan
satu-satunya doktor di Malaysia yang diiktiraf oleh American Board of Hair Restoration Surgery (ABHRS) dengan panggilan Diplomat.


PERALATAN GLOJAS SMART FUE
Peralatan yang digunakan adalah sangat selamat dan bertaraf dunia untuk memastikan hasil penanaman rambut yang sangat berkualiti. Formula yang digunakan juga dibuktikan selamat,berkesan dan berpuas hati.


PROSEDUR PENANAMAN RAMBUT GLOJAS
Gabungan Dato Dr JasG, Dr Mohd Ali dan juga staf yang berpengalaman memberikan hasil yang terbaik. Setiap prosedur sangat berbeza bergantung kepada jenis rambut dan kulit kepala seseorang.
Proses bermula dengan temujanji secara percuma dan analisis kulit kepala serta rambut. Prosedur SMART FUE sepenuhnya diformulasikan oleh Dato Dr JasG dengan teknologi bertaraf dunia yang hanya boleh didapati di Klinik Glojas.

 

Alamat : B-G-05, Glomac Galeria Hartamas, Jalan 26A/70A, Desa Sri Hartamas,
50480, Kuala Lumpur, Malaysia.
No Telefon : +603-62115555 / +60125111089

 

 

hair transplant malaysia

  1.  DHI Hair Transplant Clinic

 

Dengan lebih daripada 47 tahun pengalaman dalam pemindahan rambut, klinik ini menggunakan teknik DHI yang bermaksud Direct Hair Implantation untuk semua prosedur tanam rambut. Dalam teknik ini, rambut tunggal diekstrak menggunakan instrumen yang dipatenkan dan dimasukkan ke dalam kawasan penerima oleh ahli bedah yang disahkan DHI.

 

Lokasi: KL South Clinic, 52, Jalan Selangor, PJS 7 Petaling Jaya, 46050 Selangor.

Tel: 03-7499 7152

 

hair transplant

  1. Dr Ko Clinic

 

Nama ini dikenali dan disanjung tinggi oleh rakyat tempatan. Disebabkan terdapat banyak cawangan yang terletak di seluruh Malaysia, klinik ini boleh diakses dengan mudah. Pusat transplantasi rambut ini diasaskan oleh Dr. Ko Chung Beng pada tahun 1997.

 

alopecia

  1. Beverly Wilshire Medical Centre

 

Rawatan dan perkhidmatan mereka sememangnya premium dan mewah, dengan kemudahan kelas tinggi untuk keselesaan pelanggan. Pesakit boleh mendapat rawatan unik dalam persekitaran yang tenang dan damai di sini. Pusat-pusat mereka terletak di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru. 

 

kepala botak

  1. Klinik Dr Inder

 

Perkhidmatan mereka termasuk pemulihan rambut oleh kaedah Follicular Unit Extraction (FUE), rawatan rambut gugur serta pemulihan bulu kening. Dr Inder pakar dalam pelbagai perkhidmatan estetik. Proses tanam rambut dilakukan dengan teliti agar keputusannya kelihatan semula jadi.

 

Lokasi: P-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-7932 1818

 

hair loss treatment

  1. ARC Hair Clinic

 

Pusat rawatan ini tiada masalahnya dengan lesen pembedahan (LCP Chapter 3) yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka menawarkan perundingan percuma di talian (Whatsapp) dan klinik untuk menganalisis dan memberi nasihat kepada para pesakit.

 

Lokasi: No. 31-11, Penthouse Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2281 9811 / 017-817 1875 (Whatsapp)

 

petua rambut lebat

  1. Premier Clinic

 

Mereka menawarkan rawatan individu yang profesional dengan menggunakan peralatan canggih oleh kakitangan yang mahir, dalam suasana yang santai. Kini, mereka mempunyai cawangan di empat lokasi di Lembah Klang.

 

Bangsar & TTDI: +6012-662 5552 (Whatsapp / telefon)

Puchong: +6016-706 0101

KL: +6018-871 9939

E-mel: contactus@premier-clinic.com

 

pelebat rambut

  1. DSH HAIR TRANSPLANT CENTRE

 

Pusat tanam rambut ini terletak di Damai Service Hospital, Kuala Lumpur. Melalui Program Gabungan Antarabangsa (International Affiliation Program), DSH dengan bangganya membawa teknologi pemindahan rambut yang diamalkan oleh salah seorang pakar bedah transplantasi rambut yang terbaik di dunia – Dr Jennifer Martinick dari New Hair Clinic, Australia.

 

Tel: +603-4043 4900, Ext: 782

E-mel: hairclinic@dsh.com.my

 

cara melebatkan rambut

  1. Dr Ruban’s Skin & Hair Clinic

     

Di klinik ini, Dr Ruban menawarkan pelbagai teknik transplantasi rambut termasuk rambut pada kulit kepala, muka, badan dan bulu kening. Transplantasi FUT dan FUE dilaksanakan dengan kelengkapan moden. Klinik mereka adalah salah satu klinik terkemuka untuk pemindahan rambut dengan ulasan positif daripada pesakit. Terdapat 3 Klinik Dr Ruban iaitu di Wisma UOA Bangsar, Pusat Perubatan Sunway, dan Pantai Hospital Cheras.

 

Lokasi: 2-3A & 2-5, Level 2, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, Kuala Lumpur.

Tel: 03-9212 1166 ext: 78246

 

Demikianlah pusat rawatan transplantasi rambut yang paling terkemuka di Malaysia.  Sebagai tip, pastikan harga bagi rawatan tanam rambut yang anda bakal pilih adalah harga muktamad dan jelas.

Jangan ketinggalan maklumat rambut terkini! Ikuti kami di www.toppikmalaysia.com/blog.

 

 

Untuk solusi rambut lebat serta merta TRY TOPPIK !

Read more
  • Published in Blog
No Comments

Recent Posts

  • Toppik coming to more Healthlane Pharmacy Outlet Starting April 2020

    For Existing Healthlane Pharmacy Toppik Walk-in...
  • Testimoni Mohamed Nizal Jamaluddin Berkenaan Serat Rambut Toppik !

    Saya telah cuba banyak produk hair fiber, dan T...
  • Toppik hair building fiber review by local indian in malaysia , TAMIL SPEAKING

    See how Shanti ,a Malaysian Indian apply Toppik...
  • toppik malaysia review

    Toppik Hair Building Fiber Testimonial Review by Miss Tang (Mandarin)

    See how Miss Tang from Kuala Lumpur Malaysia ap...
  • sebab rambut gugur

    8 Punca Rambut Gugur

    Memang benar bahawa kaum lelaki lebih cenderung...

Recent Comments

    Archives

    • April 2020
    • February 2020
    • November 2019
    • October 2019
    • September 2019
    • August 2019
    • July 2019
    • June 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • December 2018
    • November 2018
    • October 2018
    • September 2018
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • March 2018
    • February 2018
    • December 2017
    • November 2017
    • October 2017
    • September 2017
    • August 2017
    • July 2017
    • June 2017
    • May 2017
    • March 2017
    • February 2017
    • January 2017
    • December 2016
    • November 2016
    • October 2016
    • September 2016
    • August 2016
    • July 2016
    • June 2016
    • May 2016
    • April 2016
    • March 2016
    • February 2016
    • January 2016
    • December 2015
    • November 2015
    • September 2015
    • August 2015
    • July 2015
    • April 2015
    • March 2015
    • January 2015
    • December 2014
    • November 2014
    • October 2014

    Categories

    • Blog
    • News

    Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org

    Global Hair

    Global Hair

    +6 016 512 0824 (sales)

    sales@toppikmalaysia.com

    QUICK LINK

    • About Us
    • FAQ
    • Blog
    • News
    • Our Agent

    ABOUT TOPPIK

    • What is Toppik?
    • How Toppik Work?
    • Technology
    • Instructions
    • Hair Loss Fact

    TESTIMONIAL

    • Before & After
    • Testimony

    PRODUCTS

    • Shop
    • Toppik Special Offers
    • Toppik Hair Fibers
    • Toppik Enchancements
    • All Toppik Products
    • HairMax Ultima 9 Lasercomb USA
    • Track My Order

    FIND US ON

    Toppik Shopee
    Toppik Lazada
    Toppik Lelong
    Toppik Ebay

    FOLLOW US

    TRACK YOUR SHIPPING STATUS HERE

    • Term of Use
    • Privacy Policy
    • Refund Policy
    • GET SOCIAL
    Toppik Malaysia

    Copyright by ToppikMalaysia. All rights reserved.

    TOP