TOPPIK Pelebat Tumbuh Jambang Segera di Malaysia
Ingin tumbuhkan janggut? Bayangkanlah janggut yang tebal yang boleh menambahkan ciri ‘kelelakian’ anda. Namun demikian, pertumbuhan janggut yang tidak rata boleh membuatkan anda kelihatan tidak kemas berbanding daripada kelihatan gagah. Jangan bimbang! Ikuti petua ini untuk melebatkan janggut anda. Anda boleh mempunyai janggut lebat impian anda dalam masa yang singkat! Bagi anda yang ingin kelihatan kacak pada hari-hari istimewa, tentu anda akan tampil lebih yakin apabila memiliki janggut yang lebih lebat dan sihat.
Setiap folikel rambut tumbuh pada kadar yang berbeza, jadi sesetengah kawasan janggut anda mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk berkembang daripada yang lain. Malangnya, kebanyakan orang yang tumbuh janggut mencukur setelah melihat tanda-tanda pertumbuhan janggut yang tidak sekata. Anda tidak perlu berbuat demikian! Dengan penggunaan TOPPIK Hair Building Fibers, anda boleh menutup kawasan-kawasan jarang dan mendapat janggut yang lebih lebat dalam hanya 30 saat!
Serat dalam TOPPIK Hair Building Fibers diperbuat daripada protein keratin organik tulen, sama seperti rambut semula jadi. Bukan itu sahaja, ramuannya HALAL dan sememangnya tidak mempunyai bahan kimia atau bahan tambahan berbahaya sekalipun. Ianya dijamin selamat dan tidak akan mengakibatkan sebarang kesan sampingan. Malahan, ianya hypoallergenic, dan tidak akan meyumbat liang roma muka anda. Teknologi serat keratin dirumus khas dalam serat rambut TOPPIK. TOPPIK Hair Building Fibers dikenakan tenaga elektrostatik yang tepat tahapnya untuk membentuk tarikan magnet maksimum pada janggut nipis anda. Serat TOPPIK yang berkualiti tinggi berpaut pada helaian rambut untuk memberikan penampilan janggut yang lebat dan semula jadi.
Serat TOPPIK ini tidak akan mengganggu pertumbuhan janggut anda yang normal, mahupun aktiviti seharian yang biasa. Misalnya, anda boleh menggunakan TOPPIK Hair Building Fibers dalam pelbagai situasi seperti aktiviti riadah di luar, bekerja, ataupun pertemuan dengan kawan atau orang yang tersayang. Hal ini kerana TOPPIK Hair Building Fibers tahan hujan, angin dan peluh. Selain itu, serat TOPPIK ini sangat praktikal kerana ia boleh dicuci bila-bila masa sekiranya anda ingin menanggalkannya.
TOPPIK Hair Building Fibers tidak memerlukan sebarang pelekat atau getah untuk melekat pada janggut. Hasilnya pula tak ubah seperti janggut semula jadi. Untuk hasil yang berkesan, pilihlah warna yang sesuai dengan janggut anda (bukannya warna rambut kepala anda). Pemilihan warna yang baik dapat memastikan janggut nampak lebih ‘natural’ dan bergaya. Rakan sekeliling pasti tidak dapat mengesan anda sedang menggunakan serat! Untuk penggunaan, sapukan TOPPIK Hair Building Fibers pada kawasan jarang dengan teliti. Anda juga boleh menggunakan Spray Applicator, dan sikat dengan Hairline Optimizer, yang kedua-duanya boleh didapati dalam pek promosi TOPPIK! Seluruh proses mengambil masa hanya beberapa minit, dan anda akan mempunyai janggut tebal yang kekal sepanjang hari sehingga anda mencuci janggut anda. TOPPIK Hair Building Fibers juga boleh digunakan pada rambut di kepala! Memang berbaloi serat TOPPIK dwifungsi ini.
Ramai telah yakin akan TOPPIK Hair Building Fibers kerana ia mudah, selamat, serta hasilnya seakan-akan rambut sebenar. Yang penting, harganya sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua generasi. Lihatlah testimoni pelanggan yang puas hati di https://toppikmalaysia.com/products/toppik-fibers/testimony/.
Ikutilah blog kami untuk lebih banyak informasi menarik dan tips penjagaan rambut di https://toppikmalaysia.com/blog/. Anda boleh mendapat jawapan bagi sebarang pertanyaan tentang TOPPIK Hair Building Fibers di https://toppikmalaysia.com/faq/.
Laman web: https://www.toppikmalaysia.com
Facebook: www.facebook.com/ToppikHairMalaysia
YouTube:
https://www.youtube.com/channel/UC6VdMqfIBTmSwumCJA0mg3w/featured
Instagram: @toppikmalaysia