Toppik Coming To More Healthlane Pharmacy Outlet Starting January 2019 !
Toppik will be available at more Healthlane Pharmacy Outlet
Starting January 2019 !
- Published in News
Pusat Rawatan Rambut Gugur di Malaysia [Treatment]
Pusat Rawatan Rambut Gugur di Malaysia
Jika anda sedang mengalami masalah rambut gugur, lihatlah senarai klinik rambut gugur yang terkemuka di halaman ini. Pusat-pusat rawatan rambut ini diiktiraf dan terkenal di seluruh negara.
1.Yun Nam Hair Care
Mereka mempunyai rawatan herbalogi yang berasaskan 100% herba asli. Rawatan ini disahkan halal dan selamat. Proses rawatan tersebut melibatkan pengurangan keguguran rambut, pemulihan liang rambut dan pengukuhan akar rambut.
2.Svenson
Nama ini tidak memerlukan pengenalan. Dengan sejarah yang lebih daripada 60 tahun, Svenson telah muncul sebagai salah satu pusat rambut yang amat dikenali di seluruh dunia sejak permulaannya di London. Hari ini, anda juga boleh menemui pusat-pusat Svenson di negara-negara Asia seperti Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Svenson menawarkan pelbagai rawatan rambut seperti detoksifikasi kulit kepala untuk terapi rambut wanita.
3.Dr Shah Hair Clinic
Klinik ini beroperasi sejak tahun 2012, dan bertempat di Subang Jaya. Doktor Shaharom amat berpengalaman dalam teknik-teknik rawatan rambut. Kesahihannya terbukti dengan pelbagai komen positif oleh pelanggannya. Selain itu, laman Facebook klinik ini mempunyai 37 ribu pengikut.
4.101 Hair Care
101 Hair Care menggunakan enam langkah dalam rawatan mereka iaitu analisis komputer, analsis Demodex, rundingan profesional, rawatan khusus, urutan akupunktur, dan sesi nasihat. Jenama ini dibawa dari negara China dengan penggabungan perubatan tradisional herba Cina dengan teknologi perubatan moden.
5.Neeta’s Herbal
Dengan menggunakan herba Ayurveda dan pelabagi sumber tanaman, Neeta’s Herbal sememangnya unik dalam segi ramuan produk-produk mereka. Pusat rawatan ini telah mendapati anugerah serta liputan media yang meluas.
6.Bee Choo Origin Herbal Hair Treatment
Pusat rawatan rambut ini diasaskan oleh Puan Cheah Bee Chew (Bee Choo) pada tahun 2000 di Singapura. Rawatan rambut mereka dilengkapi dengan produk-produk khas berasaskan formula tradisional yang menggunakan 100% herba semula jadi tanpa sebarang campuran bahan kimia atau pengawet.
7.Oriental Hair Solutions
Setiap sesi rawatan di Oriental Hair Solutions adalah menyeluruh, bermula dengan analisis terperinci kulit kepala anda, diikuti dengan rawatan yang khusus untuk masalah rambut anda. Perunding profesional akan mengawasi perkembangan anda secara berkala selepas rawatan untuk memerhatikan sebarang kemajuan. Mereka menuntut bahawa sesi mereka tidak akan menghasilkan sebarang bau yang tidak menyenangkan.
8.Hair Doc Medical
Pusat rawatan rambut ini terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Singapura. Hair Doc Medical menekankan keselamatan penyediaan ubat moden profesional yang berkesan. Pelbagai rawatan keguguran rambut untuk kedua-dua jantina ditawarkan di cawangan mereka.
9.Jonsson Protein
Jonsson Protein terkenal sebagai pakar penjagaan rambut pertama di Malaysia yang menggunakan protein untuk merawat masalah rambut dan masalah kulit kepala. Mereka menggunakan formula khas yang dimajukan oleh para saintis Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Protein VE. Rawatan ini membantu memulihkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
10.Miracle Hair Expert
Di Miracle Hair Expert, mereka menawarkan terapi rambut untuk lelaki dan wanita yang disesuaikan berdasarkan masalah rambut masing-masing. Ekstrak herba yang berkualiti dirumus khas di Jepun. Ramuan khas ini digunakan semasa rawatan untuk menyuburkan semua jenis rambut.
Demikianlah butiran pusat-pusat rawatan keguguran rambut terbaik di Malaysia. Ikutilah www.toppikmalaysia.com untuk lebih informasi menarik.
Untuk solusi rambut lebat serta merta TRY TOPPIK !
- Published in Blog